KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 1 Julai 2011

TAK GELORA ? ADA MAK KISAH ?

Bukan seorang dua rakan aku yang frust dengan penundaan tarikh perkhemahan unit ko-kurikulum sekolah kami.  Maklumlah, persiapan sudah diatur sebulan lebih awal.  Semua sudah melapangkan ahli keluarga masing2 untuk sebarang acara lain minggu ini demi memberi komitmen kepada perkhemahan tersebut.  Malah, yang baru dapat baby pun sanggup memohon khidmat sang nenek untuk menemani cucu baru sewaktu si ibu sibuk menjalankan tugas semasa berkhemah.  Tidak kurang juga si anak2 yang sudah memasang angan masing2 tentang aktiviti2 semasa perkhemahan, termasuklah anak perempuan aku!  Setiap hari bercakap tentang ketidaksabarannya menunggu tarikh perkhemahan itu menjelma....


Aku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya ribut plaka barat di siang hari!  Ceh!!  Perkhemahan yang kami tunggu dengan penuh teruja itu terpaksa 'pihak berwajib' tangguhkan atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan!!!  Hancur luluh hati kami.  Lebih2 lagi setelah melihat anak2 masing2 meraung2 kecewa tatkala pengumuman pembatalan itu kami perkhabarkan...  T_T    


Sedih ,  kecewa ,  hampa ....  Perasaan itu berbaur dengan sedikit rasa amarah membuatkan panas terasa di dalam dada ini.  Ptuih...!!!  Aku terasa agak marah kerana kami semua telah bersusah-payah mengatur jadual hidup keluarga kami untuk perkhemahan itu.  Susah aku nak terangkan....  Namun, selaku seorang individu yang sentiasa ganas dan advanture, kehampaan itu tidak kubiarkan memakan diri.  Apa nak heran?  Memang hidup famili aku dah biasa berkhemah!  Cuma yang kami excited tu sebab berkhemah bersama rakan2 dan anak2 murid...  Tu yang lain sedikit dari kebiasaan aku....


Tak dapat berkhemah di Gelora Beach Resort pun takper....  Kami still boleh berkhemah di DeNash Tratak Resort...  kah kah kah!!


Kami berkhemah sejak petang semalam lagi.  Nasib baik semalam tak hujan.  Tapi, takde la tido dalam khemah semalam....   =)


Twins aku teruja dengan sikap sporting Jerry yang nampak excited juga nak join kami berkhemah....  Tu siap masuk duduk lepak2 dalam khemah tu....



Sedap sangat pakat duk rileks tu, kerana baru je selesai breakfast nasi bungkus sorang satu tu....  huh...



     Jazz tak berapa ceria kerana masih lagi demam selsema...  tapi tetap nak bermesraan dengan si Jerry....


So, as a conclusion, mak tak kisaaaaahhhhh..........  walau tak camping di GELORA pon!!  We still have a great time right here, all by ourselves....  But, don't you guys aspect I would be able to give my commitment for the next time.  I only can promise, PERHAPS...  Some of my friends know the reasons....   =)

2 ulasan:

  1. comelnyee kucengg~~



    mesti geram kan bila yang dirancang tak menjadi.. hmm. tak tahu nak komen camne, tapi take it positively lah kot.. =)


    Nasib baik anak akak masih dapat lepas gian nak bercamping di DeNash teratak! Eheehhe..

    BalasPadam
  2. Nadia sayang...
    DeNash tratak tu rumah akaq la....
    huhu......

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.