KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 7 Jun 2011

SIAPA YANG SEDANG BERTENGGEK TU?

Kejadian ni dah agak lama berlaku.  Tapi aku baru je berkesempatan mengambil gambar tempat tu...  Kiranya ala2 CSI la...


Warga tempatan macam aku ni mengenalinya sebagai Jambatan Sungai Nal, yang terletak berdekatan dengan kilang papan di Simpang Kuala Nal.  Jambatan gantung ini memang klasik dan penuh dengan cerita2nya yang tersendiri...  Tapi sekarang ia hanya salah satu artifak (ewah) sejarah kerana ia tidak lagi digunakan.  Sebaliknya digantikan dengan jambatan konkrit yang lebih lebar betul2 di sebelahnya.



Ada sorang rakan aku yang baru bertugas di sini.  Beliau orang Selangor tetapi berkahwin dengan pemuda dari Cik Siti Wan Kembang, so jadilah dia orang sini...  Satu petang, keluarga sebelah suaminya datang bertandang di rumah sewanya, di sini.  Namun mereka terpaksa balik malam itu juga ke Kota Bharu.  Lebih kurang jam 11 lebih, mereka melalui kawasan itu.


Bapa sedaranya yang memandu tu, malas nak ganggu isterinya yang mula mengantuk.  Sementelah anak2nya dah lena di belakang.  So, drive la dia sorang2.  Bila melewati jambatan itu, dia perasan ada orang sedang duduk di atas pagar jambatan.  " Nak bunuh diri ke budak tu? " dia tertanya2.  Kerana perasaan ingin tahu, dia terus merenung orang di atas jambatan itu.  Namun, sebaik sahaja keretanya betul2 dekat dengan orang yang berpakaian putih itu, orang itu terus terbang menerpa ke arahnya!  Kejadian yang amat pantas itu membuatkan dia hanya mampu memejamkan matanya apabila orang itu terus sahaja melanggar cermin tingkap sebelahnya.  Namun orang atau objek putih itu terus sahaja bertukar menjadi kabus dan hilang begitu sahaja.



Terus saja bapa sedara rakan aku tu pecut keretanya tanpa berkata apa2.  Hanya bila sampai di rumah barulah dia beritahu perkara itu kepada isterinya, yang mana terus saja menelefon rakanku tadi...  Nasib la.  Bukan semua yang 'bernasib baik' untuk terserempak dengan benda2 macam tu....


Aku yang selalu balik hingga pukul 1 pagi tiap kali lepas tengok bola kat stadium tu, takde la pulak mengalami kejadian2 macam tu....  Ye la, kejadian kat jambatan itu la....  Kat tempat lain tu, melambak la....



Nak tau ke?  Kalau nak tau, bagitau la...  Aku malas nak bagitau, kalau takde orang yang berminat nak tahu.  heh heh heh...  Sekali-sekala, layan momok la pulok....

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.