KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 7 Jun 2011

PESTA WAU ANTARABANGSA lah pulok...!

Ya, memang kami holiday sakan cuti semester tahun ni!!  Aku pun tak sangka MIS, dalam2 tak sihat dia tu, sanggup bawa anak2 holiday...  Eleeh... sebab, dia sebenarnya yg memang nak pergi tempat2 tersebut...  Orang kata, sambil menyelam, minum air...  heh heh...


So, kelmarin, tersengih2 dia pergi jumpa aku kat dapur, ajak pergi tengok wau kat Tumpat.  Macam la aku tak kenal wau... cebik aku.  Maklum ler, sakit kepala kena hujan pergi Pasir Puteh dan Terengganu kelmarin dulu pun tak berapa nak reda lagi ni.


" Pesta Wau Antarabangsa ni Tie...  Hari ni last!  Rugi tak tengok...  Peserta dari Korea, Indonesia pun ada.."  Dia tetap berusaha memujuk.  Memang la, kalau dia yang nak pergi, suka tak suka kami akan kena pergi.  Kalau aku yang nak pergi?  Tak akan jadi pergi, walau nak kiamat sekali pun!!  Dia membodek lagi dengan menguruskan segala2nya - ajak dan suruh anak2 bersiap, bawa barang2 masuk kereta, cuci kereta ( dia dah buat awal2 lagi ) hatta bereskan makanan Jazz dan Tom untuk ditinggalkan.



So, here we go...  one more day!  A great, happy and crazy holiday...  Memang meriah kereta di atas jalan dan stesen2 minyak!  Banyak betul.  Macam pesta plak...  Padan muka MIS, konon nak pecut, kereta gerak takat 60km/j jer... hahaha! 



Bila sampai, dari jauh dah nampak macam2 wau gergasi dan pelik2...  Anak2 aku menjerit tak sabar bila nampak wau Upin terbuai2, macam, naik segan, jatuh tak mau...


Bendera negeri dan negara yang menyertai pesta ini



Anak2 aku tak dapat menahan diri daripada mengagumi wau Upin dan Ipin, walaupun dan menyembah bumi



                                    Wau gitar pun ada.  Agaknya tuan dia memang minat muzik...


Wau ikan kap tu kepunyaan Negeri Melaka.  Aku dapat tau tu, sebab salah sorang krew dia rupanya bekas anak murid aku yang sekarang dah jadi askar kat Kedah, tapi kawan dia anak saudara pemilik wau ni...  Tu yang datang tolong juga tu...  Huh, kembang weh lubang idung aku bila tau2 ada seorang pemuda handsome tersengih malu2 tegur aku, " Teacher...  maghi jugok...?  Tok kenal kito doh ko?  Anak murid teacher dulu.."  Ececeh...  mau nak berair bijik mata tau....  Aku terlampau terkedu dan asyik borak, sampai lupa nak snap gambar dia...  Well, all the best la ye, Miji...


Memandangkan kami sampai pun dah lewat, banyak wau dah diturunkan.  Sementelah hari pun dah nak hujan.  Loh, hujan lagi...?  Tinggal wau2 kecik jer yang menghiasi angkasa - wau peserta yang besar2 tu dah diturunkan semuanya.  Maklumlah, nak menyimpannya pun dah ambik masa lebih setengah jam!


                 Hahaha!  Dah basah kuyup kena hujan dan ribut pantai pun ada selera lagi nak posing tu...


Dah balik dari Tumpat tu, biasalah, jalan2 cari makan la pulak...  Tapi yang bestnya, kitorang tengok bola tu..  Kelantan Vs Terengganu.  Dah nak balik rumah lambat lagi nak sampai.  Tengok kat kedai lagi meriah tau...  Bila bola gol, semua menjerit, macam nak runtuh kedai...  Yang lawaknya tu, habis budak2 kecik yang ada kat kedai tu terkejut lantas menangis2!  Nak buat camno babies, dah mak bapak awak bz dan semangat nak tengok bola juga....


Kelantan membelasah Terengganu 3 - 0 semalam.  Tapi, yang aku nak hinghlight kat sini ialah rak tv tu...  Menarik juga...  Dia buat dengan rought iron tu...  mahal weh....  Pergh...



2 ulasan:

  1. memang bejalan sakan la teacher kali ni, segenap pelusuk negeri kelate sampai, apa2 pun have a fun with ur family, semoga bahagia selalu

    BalasPadam
  2. Yeezzaaaa... Karl,
    Happy, jangan tak happy!
    De buko skoloh nanti sumbat balik teacher mu nih... huhu..

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.