KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 14 Jun 2011

MANUSIAKAH USTAZAH ITU?

Aku hangin satu badan bila baca paper Berita Harian tadi. Ada satu laporan di muka surat 14 yang berbunyi 'Ustazah Biar Suami Rogol Anak Didakwa'.  Aku yang dah sememangnya diserang migrain ni, macam nak pecah kepala hotak!  Tapi, tetap baca story tu sampai habis...

Apa ke bengongnya si perempuan yang digelar 'ustazah' yang berumur 33 tahun tu sanggup bersuhabat dan membiarkan suaminya, yang perupakan bapa tiri kepada anak malangnya itu diperlakukan sedemikian rupa?  Aku tak dapat nak merumuskan dengan akal cetekku ini, yang perempuan itu seorang wanita Islam, telah membiarkan zina berlaku di hadapan matanya!  Lebih memilukan hati aku (yang sentiasa amarah ni), beliau tega melihat darah dagingnya sendiri 'dirosakkan' dan dinodai oleh syaitan yang bertopengkan manusia, iaitu suami barunya.  Ceh!  Jalang punya betina!!



Maka aku jadi sangsi, adakah betina ini manusia?  Aku rasa dia juga adalah syaitan yang sama seperti suaminya itu.  Jika tidak, mana mungkin dia sanggup bergelumang dosa kering....  Ceh!  Betina itu telah mencemarkan nama baik dan gelaran 'ustazah'!  Aku tidak pernah mengenali mana2 ustazah yang bangsat macam betina ini!!  Kalau ibu lain, mesti sanggup berkorban apa saja demi menjaga maruah dan harga diri serta masa depan darah daging sendiri.  Tapi tidak betina ini...


Patutlah di usia 33 tahun, dia sudah bernikah 2 kali.  Dan bila meneliti umur anaknya yang malang itu, dia telah melahirkan budak itu seawal usianya 17 tahun!  Memang 'ustazah' ni dah gedik sedari awal...  Kawin awal, bercerai awal, kawin lain awal...  dan... ish.. tak paham aku!!!



Kalau dah nafsu serakah dia dan suaminya songsang sangat sekali pun, janganlah dirosakkan anak sendiri!  Hey, betina! Kau takde otakkah?  Manusia normal lain sekali pun, aku percaya, pasti ditinggalkan suaminya jika mengetahui si suami jahanam itu akan merosakkan anak dara kita.  Paling tidak, lebih baik kita bagi dia kawin lain.  Yang aku biasa dengar, si ibu yang menyesal setelah mengetahui suami baru mereka telah merosakkan anak mereka.  Tapi, perempuan ini, siap tahu awal2, siap rela dan bersubahat.  Masyaallah...


Sekadar gambar hiasan - pinjam dgn Googles


Aku yakin dan pasti, bagi perempuan, sementelah kaum ibu di luar sana bersetuju dengan pendapatku.  Yalah, siang malam kita berdoa akan kesejahteraan dan kebahagiaan anak2 kita.  Minta jauh dari bala dan zina.  Ini tidak, kita yang membawa zina dan kehancuran itu kepada anak kita sendiri...!  Ptuih..!!  Kalau aku jumpa betina bengong ni, akan aku ganyang dia cukup2!!!!!

2 ulasan:

  1. Ada yang....
    Akak pn tak sangka, dlm BH bagitau...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.