KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 28 Jun 2011

KU RASAKAN SOMETHING...

Hmmmm.....  Pagi ni bila baca entry member lama, si Kami In the House tu, buatkan aku tersenyum kelat.  Yan mengingatkan kami, para pendidik agar bersungguh dalam melakukan tugas kami.  Ya, memang benar wujudnya segelintir pendidik yang agak lewa dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan (aku termasuk juga kot?  Rasanya, aku dah sehabis daya... T_T ).  Entahlah, tepuk dada tanya selera...


Lantas aku teringat pasal isu sorang cikgu kat Pasir Mas tuh.  Kesian cikgu tu, lebuk-lepam 'dikerjakan' oleh bapa seorang murid di sekolahnya.  Bapa yang menyerang cikgu itu kononnya tidak berpuas hati dengan cikgu itu yang menegur anaknya tentang masalah disiplin.  Sementelah anaknya benjol dahi bila balik dari sekolah.  Masalahnya, menurut cikgu itu, dahi murid itu benjol/berdarah pada hari Rabu.  Beliau pula menegur murid tersebut pada hari Khamis.  Macam mana cikgu itu boleh cedera lebih awal daripada waktu dia dipanggil oleh cikgu tersebut?  Hairan bin ajaib....


Bukan isu benjol yang aku nak ketengahkan di sini.  Tapi isu respon ibu bapa terhadap pihak sekolah.  Aku amat hampa dengan sikap ibu bapa murid tersebut yang terus datang menyerang dan memukul cikgu yang menegur anaknya tanpa berbincang terlebih dahulu.  Sementelah menurut saksi, ibu murid itu sendiri pun siap memegang sebilah golok yang dibalut dengan tuala semasa kejadian itu!  Huh, ala2 gangster gitu...


Adalah lebih berhemah jika ibu bapa tersebut bertanya dan berbincang terlebih dahulu.  Ini pakai main pukul terus.  Entah2, dengan anak dia pun dia tak bincang.  Tengok dahi anak benjol, terus datang sekolah, pukul cikgu.  Alahai....  Sikap sebegini amat membimbangkan kerana ia wujud di mana2 sekarang.  Guru, seolah2 sudah tidak dihormati.  Malah adalah insan yang amat dimusuhi...  Pihak keluarga murid2 sentiasa mencari salah guru ( maaf, bukan semua berfikiran begitu... ). Cikgu minta murid bayar yuran pun kena marah.  Cikgu suruh murid beli buku rujukan pun kena marah.  Apa, ingat cikgu nak duit tu bual beli makan pakai sendiri ke?  Kami tak kaya dan senang la kalau kami bolot duit yuran yang sehinggit dua jer tuh!!  ( ayat seorang cikgu yang kechewa...)


Aku faham.  Mungkin sesetengah ibu bapa trauma dengan beberapa kejadian yang berlaku, seperti cikgu yang memukul dan mendera murid sehingga membawa maut.  Aku sendiri pun terkejut dengan sikap cikgu yang sedemikian.  Tapi, fikirlah sendiri, kes2 terpinggir seperti itu tidak pernah wujud di tempat aku.  Tapi sikap cuak dan negatif ibu bapa tetap menyerlah!  Yang herannya, ibu bapa murid yang kelas hujung aje biasanya bengkeng yang anaknya tidak boleh ditegur!  Kalau murid2 yang cerdik tu, takde la pulak mak bapak diorang nak datang menyerang sekolah...  Mentaliti, oh, mentaliti....


Kalau dah anak kita tak buat salah, cikgu tak gila nak marah dia tau...  Kalau dah budak tu tak langgar disiplin sekolah, budak itu tidak akan didenda...  Kalau budak itu belajar serta menyiapkan kerja sekolah, mana ada cikgu yang mereng nak jerkah2 dia?  Kalau cikgu yang bersalah kerana memarahi murid yang tidak belajar, rasanya ibu bapa tersebut patut mengajar sendirilah anak mereka.  Betul tak?


Semua ini membuatkan semangat aku merudum.  Sedih betul bila niat kita disalaherti.  Aku cuba la juga 'menepuk dada dan bertanya pada selera'...  Aku rasakan something.  Mual.  Sedari tadi lagi.  Padahal dah makan pun.  Diet aku dah ke laut pun.  Minum milo segelas, ok sikit.  Tapi kepala sedikit pusing...  Heh, ada apa2 ke ni?  Tak boleh jadi...  I have to do something....

2 ulasan:

  1. aku masih terasa cili lekat celah gigi ni .

    BalasPadam
  2. knaper tecer, knapa rasa mual2, mungkin terlebih mkn sup tulang kot, hehe..just kiding

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.