KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Rabu, 15 Jun 2011

KENAPA NIQAB..???

Hahaha!  Bising dan bingit kengkawan aku bila melihat picture wall (eh, tak gitu ker orang panggil?) aku kat blog dan fb aku.  Kenapa siap bertutup muka ni?  Kau dah masuk Al-Maunah ker?  Itu antara soalan mereka.  Aku dah agak dah...  Tapi, bior ler... at least, aku tau diorang caring... kan... kan...




Idea untuk snap gambor ala-ala pakai niqab tu dah lama tercetus sebenarnya.  Setelah aku melihat Elia Si Jejariruncing tu dressing masa majlis pertunangan dia dengan hero goal keeper kami, Apeq.  Huh, santek giler kau mek Elia hari tu....  Comel bebenor!  So, aku pun teringin ler nak tengok macamana rupanya (seburuk mana) muka bulat kembung aku ni bila memakai niqab...  ala, bukannya aku kena panggil 'mekap artis' pun....  Aku bantai buat sendiri jer....  kah kah kah!




Ni nak pecah rahsia ni...  Aku cuma amibik masa setengah jam jer untuk semuanya.  Apa tidaknya, aku cuma mekap mata jer... hehehe!  Bedak pun taruk area tu jer.  Dan, yang penting, aku cuma pakai t-shirt dan kain batik sarung jer masa tuh!  Aku baru lepas masak untuk lunch...  Sebab tu, gambar aku takat muka jer tu... kah kah kah!  Niqab tu pun sebenarnya kain tudung selendang aku jer...  aku ejas2 jer...  Bila anak2 aku first time tengok gambar2 ni hari tu pun, mereka tak percaya.  Mereka tanya. bila aku beli 'tudung penutup mulut' (istilah mereka untuk niqab).  Dan mereka gelak guling2 bila aku kata itu tudung lama aku...




Well, dengan penjelasan ini, diharap sapa2 yang 'corius' tu faham la yer...  Aku takde niat apa2, cuma mengaplikasikan salah satu minat aku dalam seni foto.  Saja nak bergaya ala2 wanita padang pasir...  Namun aku sama sekali tidak berniat dan berminat dengan isu2 lain seperti Al-Qaeda ke, Al-Maunah ke, hatta apa2 yang seumpamanya.  Politics are not in my mind... So. peace....yo...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.