KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 25 Jun 2011

KAU PERGI JUA...

Tengahari semalam, semasa aku begitu bersemangat membuat entry diet, aku menerima panggilan daripada bekas anak muridku, Fatihah.  Aku mencongak2 akan perkhabaran yang bakal dia uarkan.  Nak kawin dah ke Peah ni?  Maklumler, sedari sekolah rendah dari dia memang terkenal dengan sifat maturednya... huh!

"Teacher....  Fatin dah takdok....," ugh... tersentak aku!  Seorang lagi?  Segera wajah Irfan dan Suzaimi terbayang di mataku.  Kesedihanku kehilangan mereka tahun lepas belum pun reda, lagi seorang anak muridku pergi?  Tidaaaakkkk............


Fatin lemas di sungai.  Cara yang sama seperti dua orang rakannya yang terdahulu.  Malah lokasi pun berdekatan.  Menurut Fatihah, petang Khamis lalu, Fatin bersama 4 lagi ahli keluarganya turun untuk mandi-manda di sungai berdekatan rumahnya.  Mereka siap bawa bekalan nasi dan sebagainya.  Berkelah petang hujung minggu la agaknya....


Malangnya, Fatin serta seorang lagi kakaknya dihanyutkan arus deras hingga ke pusaran air lantas menenggelamkan mereka.  Aku sudah tidak sanggup mendengar cerita selebihnya...  Mayat kakaknya hanya ditemui petang Jumaat (kelmarin), sedangkan dia masih belum dijumpai.  Petang semalam, aku melawat keluarganya.  Ramai betul orang2 kampung serta pihak2 berkenaan yang datang ke lokasi kejadian...


Mereka tetap tidak berganjak di tebing sungai itu menemani keluarga Fatin, menunggu berita.  Jenazah kakaknya sudahpun dihantar ke HKK untuk dibedah siasat.  Aku berdoa agar Fatin segera ditemui....


Air sugai yang begitu keruh amat menyukarkan pihak polis (penyelam) untuk melihat di dalam air.  Pertahanan awam serta orang perseorangan yang mempunyai bot turut berganding bahu membantu pihak berwajib.


Polis penyelam (berbaju biru di atas bot) berehat setelah shift menyelamnya digantikan dengan anggota lain pula.  Kami semua mula gundah kerana hari sudah menginjak senja, mayat Fatin belum dijumpai lagi.  Dan aku pulang dengan hampa (seperti ramai yang lain)...


Dan, pada jam 9 pagi lebih tadi, aku menerima sms daripada Fatihah, mengatakan mayat Fatin akhirnya dijumpai.  Tidak dapat aku gambarkan bagaimana keadaan fizikalnya, memandangkan dia sudah hampir 2 hari berada di dalam air.  Namun aku suka mengingatinya sebagai seorang gadis berkulit hitam manis yang begitu ceria.  Dialah antara orang yang akan ketawa terbahak2 di dalam kelas setiap kali aku membuat jenaka.  Dan, dia akan tersengih menampakkan lesung pipitnya tatkala aku mengusiknya.  Fatin, cikgu akan sentiasa mengingati dan mengenangmu.....  Al-Fatihah untukmu...


Fatin, Suzaimi dan Irfan (bertanda nama merah) semasa Perkhemahan Ko-Kurikulum SK. Kg. Karangan 2009

4 ulasan:

  1. Takziah akak atas kehilangan anak murid akak..

    Itu sungai di mana akak? Macam sangat bahaya jer sungai tu, takut saya tengok..

    Apa pun, semoga roh Fatin selamat di sisi orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

    BalasPadam
  2. Al-fatihah disedekahkan utk si mati, dan takhziah diucapkan utk keluarga si mati, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

    BalasPadam
  3. Thanks Nadia... Sungai Lebir ler tu... Dah suratan. Kita hanya mampu berserah...

    Karl... you know me better! Thanks...

    BalasPadam
  4. Salam,

    Takziah. me ada tgk kat berita, tak sangka mereka adalah your student...

    sabarlah...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.