KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 24 Jun 2011

JOM KONGSI TIP KURUS....

Ececeh...  macam lah aku dah berjaya turun 10, 20 kilo....  Heh heh!  Lepas tension giler babi memeriksa kertas peksa budak2 tadi, aku saja2 belek2 majalah lama2....  Kadang2, dengan melihat tip2 bersenam serta beberapa testimoni insan2 bertuah yang sudah berjaya menurunkan berat badan, aku akan kembali bersemangat semula.  Tadi pun bersenam, tak sampai sejam...  huhu


Ada satu artikel menarik minat aku. Menurutnya, kacang badam mampu membantu kita membakar lemak!  Menurut laporan di dalam International Journey of Obesity, dengan memakan segenggam badam sehari serta diikuti dengan diet sihat, mampu membantu membakar lemak.  Sukarelawan kajian tersebut yang memakan badam setiap hari selama 6 bulan berjaya menghilangkan 18% lemak tubuh mereka.


Berbeza pula dengan mereka yang mengikuti diet dengan jumlah kalori dan protein yang sama tetapi menggantikan badam dengan karbohidrat sederhana (seperti kraker), dengan jumlah kalori yang sama, hanya mengalami penurunan sebanyak 11% sahaja.


Huh, berita baik tu, bagi aku la...  Aku memang gemar makan kacang, especially badam.  Tapi, dah terbiasa dengan taboo kacang ni yang mana sifatnya berminyak, boleh merosakkan diet.  Selain tu, buat berjerawat muka pulak....  Tapi, setelah membaca artikel ni, aku rasa semua itu tidak termasuk kacang badam la....  Hmmmm....


Namun, jangan lupa akan sukatannya, segenggam sahaja setiap hari.  Diulangi,  SEGENGGAM...!!  Heh heh heh.......  Selamat mencuba...   =)

2 ulasan:

  1. karl suka biskut raya almond london coz ada kacang badam dlm tu, biasa nya kalau time raya karl akan tempah sampai 500 biji tuk di mkn masa raya, hehe

    BalasPadam
  2. Huh, tu makan dengan biskut, mana nak jadi dietnya... buat tambah berat badan ada la... buat penyedap lubang tenggorok... hehehe
    mak pun suke sekut almond london tuh! tiap2 tahun pun wajib tempah
    ;)

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.