KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Rabu, 15 Jun 2011

JANGAN KAU UCAP SELAMAT TINGGAL....

Aku terkilan juga bila membaca satu entry salah satu blogger pebret aku, Noi yang begitu hangin satu badan pasal sorang pakcik kat tempat kerja dia.  Aku faham camana perasaan dia waktu itu, sebab aku pun sentiasa mengalami situasi begitu.  Namun, memandangkan aku tak berapa paham story yang berlaku disebalik kejadian tu (dia tak eksplen ), aku was-was camana nak komen entry tu.  Cuma dalam hati, aku berharap agar 'panas' Noi tak lama semalam.


Dan hari ini, aku yakin, Noi dah agak 'sejuk' memandangkan entry terbaru dia penuh ceria dan lawak bagi aku. (Kalau korang tak rasa dia lawak, tak dapek la den nak nolong...) " Noi dah kembali ceria", fikirku.  Tak kisah la kot dalam hati dia sebaliknya.  Tapi pada paparan blog dia, yes, I enjoy it....




Hahaha!  Memang aku gelak sakan!  Sebab aku pun sama macam Noi, baru sahaja 'menjahanamkan' sesi diet aku untuk hari ini.  Diet aku juga bermula dengan pemakaian bengkung ( tapi bukan jenama PB ler, jenama *tut* jer yang mak mampu beli...), tapi, belum sempat keluar rumah ke tempat kerja, aku buang balik benda tuh!  Ceh!  Rimas betul aku!  Nak bernafas pun tak berapa lawas...  kah kah kah!



Balik kerja, memang selalunya waktu yang amat kritis bagiku.  Aku cuba sedaya upaya untuk ambik buah dan sayur.  Memang dah sendawa la...  Tapi rasa macam satu kekurangan.  Cis!  Brengsek betul.  Begitulah selalunya lubang tembolok aku nih!  Jahat!  Jahat!  Otak mula la ligat mencari2 alasan.  Oh, tidak!!  Aku tewas...!  Diet no nasi aku hari ini ke laut la juga akhirnya...  Nasib baik aku ambik hujung senduk jer...  Buat pujuk hati.  Kalau aku tak ambik langsung nasi yang menjadi idaman hati aku tuh, mau hangin dan emo sampai ke malam tau...  Cis!  Teruk betul nasfu makan aku....










Tapi aku tidak pernah berniat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada body slim-melim aku!  Walaupun 'dia' dah meninggalkan aku lebih 10 tahun yang lalu....  Aku tidak pernah melupakan 'dia'.  Cuma 'dia' sahaja yang sampai hati meninggalkan aku...  Cheiys...  Hahaha!  So Noi, JANGAN KAU PERNAH UCAPKAN SELAMAT TINGGAL kepada badan kurusmu itu...  Because, there is always hope.  BTW, you are beautiful girl, in your own special way...  Tiada jalan mudah untuk cantik dengan cepat.  Nak wat camno?  Perjuangan kita, kaum wanita yang 'comel dan gebu' ni tidak pernah selesai dengan segera.  Bersabar ye.... (lebih kepada pujuk diri sendiri tuh...)  =)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.