KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 20 Jun 2011

DIARY DIET : What's Dinner?

Salam.  Aku bercadang nak wujudkan jurnal diet untuk peringatan diri sendiri, di samping berkongsi maklumat dengan blogger2 lain, especially blogger diet (yang aku baru tau, ramai betul kat luar tu...).  Harapan, semoga saling memberi semangat demi menjayakan misi aku untuk turunkan sikit (ada hati rasa sikit????) berat badan aku ni....   ;-p


So,  hari ni mantain diet bersederhana....  Tapi aku ingin highligt pasal dinner.  Agak special bagiku, kalau biasa ikan bakar dan buah serta sayur rebus.  Malam ni belasah mee soya tomyam.....


Aku pun first time makan mee kacang soya tu.  Risau kot ada karb juga, so ambik sikit jer...  Tapi aku bantai sayur kobis bunga tu penuh mangkuk!  Hambik kau...!  Dah aku masak sendiri...  Kalau kat kedai, nak jumpa 2 potong pun susah....  =(



Dulu aku cukup pantang dengan epal hijau.  Tengok jer dah buat mulut aku rasa masam...  Tapi sekarang, setelah menyedari ia jauh lebih berkhasiat bagi pengamal diet, aku paksakan diri cuba2...  So, malam ni, dessert, sebiji epal hijau saiz kecil...  huhu....  makanlah aku sambil berkerut muka....


Sejam selepas makan, bersenam sikit dalam 1 jam...  Huh, baru aku ingat, aku pernah rasa ringan urat dan segar badan setelah mengeluarkan peluh....  Hhhhhhhhh.....  Selamat maju jaya untuk diriku, dan rakan2 diet lain....  =)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.