KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 4 Jun 2011

'DIA' MULA MUNCUL KEMBALI...

Sudah agak lama hidup kami sekeluarga agak tenang tanpa gangguan.  Cuma keadaan kesihatan MIS sahaja yang kekal tidak dapat diubati memandangkan penyakitnya gagal dicari, hatta oleh doktor pakar sekali pun!  ( Aku tak mau story pasal penyakit pelik beliau.  Itu di lain entry )


Sebenarnya, sepanjang lebih 3 tahun semenjak kami pindah masuk ke rumah kami ini, we are not alone.  Namun kami buat tak endah kerana perkara2 pelik itu sememangnya sentiasa menjadi gangguan kepada aku sebelum itu lagi, iaitu semasa kami tinggal di kuaters guru.  Peliknya, gangguan2 itu hanya dirasai oleh aku sahaja.  'Dia' tidak pernah menonjol semasa suamiku ada.  Itu yang kadang2 menjadi pertengkaran kami, kerana MIS terang2 bilang dia tidak percaya perkara2 tahyul itu...  Langkah terbaik, aku diam dan cuba hadapi seorang.  Aku berubat, minta air tawar secara senyap2 (dengan bantuan rakan2 atau ahli keluarga) serta bersembahyang hajat.



Hanya bila kami pindah ke rumah kami sekarang ini, barulah dia, sedikit2 percaya ada sesuatu di sini, bila dia sendiri kadang2 turut mengalaminya.  Yang paling ketara, dia sakit dada dan sukar bernafas.  Dah jenuh dia membuat pemeriksaan di hospital dan klinik, keputusannya negetif.  Habis2 pun, dia cuma hidap kolestrol agak tinggi sikit.  Yang lain2, masih dalam kategori BAIK.  Mana boleh baik?  Sedangkan dia sakit?



Baru setuju nak ikut aku pergi berubat cara kampung.  Jumpa ustaz la, bomoh la, semuanya kami jumpa.  Macam2 diagnosis kami dengar.  Ada juga yang hampir sama.  Tapi, sesetengah tu, menyimpang terus!  Bila diberi air tawar, kami bawa balik dan minum.  Ada sesetengahnya, meredakan seketika segala gangguan tersebut.  Tapi, ada juga sesetengahnya, buat benda2 tu semakin marah dan mengamuk aje!  Bila mereka marah, memang parah!  Aku boleh nampak jelas2.  Kadang2 aku rasa dalam diri aku sendiri!!  Waktu itu memang azab la...  Nak sembahyang pun sakit badan dan kepala.  Makin aku lawan, makin sakit kepala...



Apa yang mengganggu kami?  Mengikut kata beberapa bomoh dan ustaz yang kami jumpa, hantu raya yang kematian tuannya, anak kerak (berimej seperti budak kecil, tetapi bukan toyol) dan saka.  Entahlah...  itu kata mereka.  Yang aku selalu nampak, kerana mereka selalu hadir sekilas di sisi aku setiap malam, samada bayangan hitam besar (Bomoh Kak Nah panggil orang besar) dan budak kecik!  Budak kecik tu selalu lalu di hujung mata aku, dari dalam rumah berlari keluar dan menghilang di perdu pokok bidara. (Sebab itu sekarang aku dah tebang pokok itu).



Pada waktu2 tertentu aku akan mendengar suara perempuan, yang akan bercakap dan ketawa mengekek jauh di dalam telinga aku!  Namun, sebelum suara itu muncul, aku akan terasa berdesing telinga terlebih dahulu.  Biasanya waktu tenghari atau tengah malam.  Menurut seorang ustaz yang membantu merawat kami, itu hantu raya, yang kadang2 bila dia marah, dia akan membunyikan seolah2 ada benda yang menghentam rumah aku, seperti batu besar atau kayu.  Bergegar rumah, kau...  Anehnya, hanya kami yang dengar.  Bila tanya jiran, mereka tak dengar apa2.




Untuk melengkapkan lagi tahap thriller family aku, ibu mertua aku juga akan turut 'diganggu' tiap kali dia datang.  Bila dia tidur, setiap malam, pada waktu yang sama, iaitu pada pukul 12.45 tengah malam, dia akan mengigau.  Dia akan meraung2 macam orang sedang meronta2 ketakutan.  Bukan perlahan tau!  Kuat sangat suara tempikan dia, melolong meminta tolong!  Sampai aku pun jadi seram.  Yang anehnya, MIS akan terlena bagai didodoi2 tiap kali mak dia mengigau begitu.  Ambik masa yang lama untuk aku kejutkan dia.  Bila dia terjaga pulak, mak dia akan berhenti secara automatik daripada menjerit.  Tidur lena macam baby, langsung takde tanda2 dia mengigau!  Geram betul aku!!  Bila aku cakap, mak bertempik menggegar rumah, MIS akan marahkan aku!!  Dia tak percaya!!  Brengsek....
Kenapa baru sekarang aku story?  Dulu aku ingat tak mau masukkan dalam blog.  Sebab bukan semua orang boleh percaya benda2 macam ni.  Aku sendiri pun tak percaya dulu, sehingga aku mengalaminya sendiri!  Teruk sangat keadaan aku waktu tak reti nak 'deal' dengan benda ghaib yang orang lain tak nampak ni...  Masalahnya aku nampak!  Dah agak lama 'mereka' tidak hadir selepas kali terakhir aku 'halau' beberapa bulan lalu.  Tenang sikit rumah aku ni.  Jarang2 jer rumah ni berdentum dibaling 'benda'...




Tapi, aku dapat merasakan, 'mereka' mula datang kembali sejak akhir2 ni.  Dah beberapa malam aku mula nampak kelibat budak kecik tu semula!  Alahai.....  Benci betul aku!  Kalau 'mereka' ada dekat, MIS memang akan sakit kuat la...  Kalau 'mereka' tiada, dia ok sikit.  Tapi, di mana la nak percaya bila aku bagitau macam tu...  Orang mana la nak percaya benda2 tahyul macam nih....













3 ulasan:

  1. kak , dulu mase saye menetap kt pgkalan chepa , rumah banglo yg saye duduk pum berpenunggu . jenuh panggil orang tengok-tengokkan . satu family da kena usik . rupanya , penghuni sebelum neh da tabur abu mayat kt depan pintu rumah , bawah pokok jmbu tepi bilik mami saye , n dekat belakang bilik saye . tiap-tiap malam kena, lepas 4 taun duduk rumah tuh kitorang pindah kt tanah merah plak . mami pum penah kena buat org .

    BalasPadam
  2. Begitulah manusia, Dayang...
    Tak boleh hidup harmoni sesama manusia. Penuh sifat dengki dan haloba. Syaitan plak pantang la ada manusia yang mirip sifat dia, terus angkat jadi SEDARA!

    BalasPadam
  3. tuh la , akak . derita mami saye . hurmmm . sekarang da okay .

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.