KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 2 Jun 2011

DIA DATANG LAGI...

Dah masuk hari ke 2 aku masih 'berkonfrantasi' dengan Inchek Suami pasal isu 'musim' bulan Jun ini.  Ya, bulan kenduri-kendara.  Bulan orang nikah kawin.  Bulan orang mengawan, dan macam2 gelaran lagi la...  Aku dah terima tak lebih dari 6 jemputan dari pelbagai daerah untuk sepanjang bulan Jun ini!  Aduih...!!  Memanglah, aku tumpang gembira dengan bakal2 pengantin tu...  Maklumlah, mereka kan bakal mendirikan 'masjid'...  Namun, bayangkan lah, bila perlu menghadiri majlis kenduri itu, berapa kita kena berhabis?


1.  Minyak kereta - paling ciput pun RM30.00
2.  Hadiah - paling koman kita bagi duit kan?  Habis, bukan singgit tau....
3.  Lokasi majlis - kalau jauh, sah kena bawa keluarga.  Belum sampai tempat kenduri, dah banyak kali kena berhenti kat stesen minyak untuk anak2 beli minuman dan jajan mereka....



Lagi parah bila ada kenduri yang sama tarikh tapi tempat dan daerah yang berbeza!  Kalau dalam satu trip, boleh ejas2 lagi. tapi macam mana kalau 1 di Kota Bharu, 1 lagi di Gua Musang?  Konpem kena korban salah satu majlis tu dan kena pergi hari lain (qada)...  Ringkas cakap, memang buat kita, selaku orang yang dijemput serba salah.  Dan mungkin tidak mustahil, sebenarnya telah menyusahkan....



Namun, sudah adat, bila dijemput, perlulah kita berusaha menghadirkan diri.  Sementelah kalau majlis itu perkahwinan sedara-mara atau sahabat handai kita sendiri...  Biarlah kita berhabisan dan berpenat lelah sedikit.  Bukan setiap hari pun mereka buat kenduri tu kan?  Rasanya sorang, sekali saja dalam hidup... kan?  Kecuali Salleh Yaakob......



Habis, apa lagi yang ngko kepoh2 hingga berkonfrantasi dengan laki ngko tu Mc Tie weh???  Ye la...  nak pergi kenduri kawin jauh2 tu satu hal.  Dia tak mau pergi sorang2, asyik nak berkepit dan arak anak2 bini dia sekali, ke hulu hilir...  Takper la lagi....  Ada ke patut dia nak kombain sekali trip pergi makan gulai kat Pasir Puteh tu dengan trip family picnic!!!!  Mana aku tak pening....  Dulu, dia la yang gatal mulut, janji dengan mertua dia nak bawa pergi picnic cuti sekolah ni.  Orang tua tu terhegeh2 la tunggu dengan tak sabarnya....  Habis, logik ke dia nak pergi majlis kenduri dulu, selepas tu baru pergi pantai... 


I am talking about to bring two 'golden age' people over 70's for a trip, a long and multiple and nonsense destinations trip....  Sedangkan dia tau, orang2 tua tu jenis mabuk kereta...  Konon nak jimat masa dan tenaga la konoooonnnnn.....  Ceh!



Memangla aku, suka tak suka pun, kena la setuju dengan planning dia tu.  Mujur dia sanggup nak bawa mak bapak aku jalan2 pun dah kira syukur dah tu....  Tapi, ye la... takkan nak terus angguk2 aje.  Kalau dah nampak tak logik sangat, bawa berbincang dulu...  Namun, macam aku dah sedia maklum, keputusan MIS dalam apa segi sekali pun selalunya MUKTAMAD.  So, jangan terkejut la kalau tetiba ada sesapa jumpa aku kat pantai Ahad ni dengan moralnya berbaju kurung... Bukan berseluar panjang seperti lazimnya....  Maklum ler Kiah....  mak baru lepas pergi kenduri kawiiiinnnnn........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.