KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 16 Mei 2011

TERIMA KASIH, CIKGU...

Salam.  Sedari semalam lagi aku menerima ucapan Selamat Hari Guru dari keluarga dan rakan2...  Bangga.  Memang aku bangga.  Juga terharu diatas ingatan mereka terhadapku...  Terima kasih semua...  Selain cuba membalas segala teks ucapan itu, aku turut merakamkan ucapan yang sama di fb...  Ye la, dah zaman IT la katakan...  Takder kad2 yang perlu diposkan dah...  Member aku lagi canggih.  Siap buat kad yg amat cantik dan menarik di fb tuh....  Love it!!


Itu yang jauh.  Bagi yang dekat, nampak jer muka, terus diucapkan selamat Hari Guru!! Kami saling bertukar2 ucapan.  Begitulah senarionya...  Hari guru kami memang akan sambut dan raikan dengan penuh kebanggaan dan kesyukuran, setiap tahun.  Cuma pada peringkat sekolah, kami hanya akan menyambutnya lusa.  So, hari ini adalah hari yang amat sibuk bagi kami untuk membuat persiapan bagi majlis tersebut.



Tapi, dalam sibuk2 tu, terdetik juga aku, apa khabar agaknya guru2 yang pernah mengajar aku dulu?  Di manakah mereka sekarang?  Tentunya mereka juga sedang saling mengutuskan ucapan selamat di antara satu sama lain...  Aku memandang sekeliling.  Bangunan batu empat tingkat dua blok ini tiada semasa aku belajar dahulu.  30 tahun dahulu, aku juga pernah belajar di sini.  Tapi kelasku hanyalah bangunan papan yang hampir tercabut dindingnya serta beratap zink yang boleh aku lihat matahari bila mendongak.  Lantainya tanah, yang pasti akan berselut bila hari hujan.  Malah kedapatan juga akar2 pokok yang berselirat (kerana kelas kami di bawah pokok ketapang) yang selalu sahaja membuat aku tersadung.



Tiada kemudahan elektrik 24 jam di sekolahku pada waktu itu.  Bila musim kemarau, kami amat panas dan rimas belajar di dalam kelas.  Lalu cikgu2 kami selalu sahaja membawa kami belajar di bawah pokok ketapang yang besar dan rendang itu...  Barulah terasa nyaman...



Namun cikgu2 kami waktu itu, seperti Cikgu Hanafi, Cikgu Fatimah, Cikgu Rashidah, Cikgu Wan Dawiah, malah ramai lagi, tidak pernah merungut.  Mereka tetap mengajar kami dengan tekun dan wajah yang manis, walau terpaksa menaiki keretapi dan menetap di kuaters sekolah yang usang dan hanya ada kemudahan elektrik pada waktu malam sahaja.



Mereka tidak kisah meredah selut dan lumpur untuk tiba ke sekolah.  Malah mereka tetap mengajar kami, walau semasa hujan lebat lalu basah kerana atap zink yang bocor itu lebih banyak lubangnya daripada yang elok.  Terima kasih, cikgu....



Semasa aku dalam darjah 4, aku sudah ingat yang kami juga menyambut Hari Guru.  Cikgu2 akan melatih kami bernasyid untuk persembahan.  Aku juga pernah mendeklamasikan sajak ( kerana disuruh oleh cikgu) sebagai persembahan Hari Guru.  Terima kasih, cikgu...  Aku masih ingat, aku tidak pernah memberikan apa2 hadiah kepada mana2 guru aku semasa sekolah rendah pada waktu itu.  Namun, mereka tidak pernah merungut!  Mereka faham, kami anak2 petani kampung yang miskin.  Mereka tetap gembira dan berpuas hati dengan 'hadiah' yang kami mampu berikan pada hari guru, iaitu, persembahan nasyid.  Terima kasih, cikgu, kerana memahami...



Cikgu2 zaman sekarang (seperti aku) amat bertuah.  Tiba sahaja Hari Guru, berebut2 murid2 memberikan hadiah, yang bukan main mahalnya....  Paling koman pun, mereka akan beri kami bunga.  Bertuahnya cikgu...  Sambutan Hari Guru, setiap tahun sentiasa grand dan meriah.  Siap ada jamuan lagi...  Ya lah, zaman sudah berubah...


Jadi, pada kesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah menaburkan bakti berkhidmat di SEKOLAH KEBANGSAAN MANEK URAI (1981-1986) dan   SEKOLAH MENENGAH MANEK URAI (1987-1991).  Terima kasih, cikgu.  Segala budi bakti cikgu itu tidak dapat anak muridmu ini membalasnya...  Jika tidak kerana cikgu2, aku pasti tidak akan berjaya menjadi pendidik yang kini kembali mendidik anak peribumiku sendiri....  Terima kasih, cikgu!



Walaupun cikgu aku dulu hanya guna 'chalk and talk', aku berjaya juga sekarang... ; p









3 ulasan:

  1. selamat hr guru, terima kasih cikgu.teruskan niat murni anda untuk mendidik anak-anak bangsa

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.