KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Rabu, 18 Mei 2011

MANA MAU CARI???

Ya, mana aku mau cari?  Dalam lebih 15 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan ni, tahun ini merupakan sambutan Hari Guru yang paling 'HAPPENING' bagi aku, sersonaly...


Ya... aku tau!  Ramai yang pasti jawab, Kat sekolah kitorang lagi happening lor...  Yes!  Bisanya, kuatitatif event hampir sama saja, di mana2 sekolah pun...

Majlis pastinya dimulai dengan membacakan ucapan perutusan daripada Menteri Pendidikan, bla bla..., ucapan perasmian, ucapan itu, ini, nyanyian lagu 'Guru Malaysia' (wajib) dan lain2....


Selepas itu, pastinya semua guru dibenarkan untuk bermain beberapa acara sukaneka...  Heh heh!  Bagi aku, itu lebih kepada acara guru 'membalas dendam'.  Biasanya kami asyik kena mengajar jer.  Kalau bersukan pun, murid2 yang masuk acara.  Kami tukang urus jer...



Seterusnya, kami, guru2 akan diraikan lagi dengan persembahan2 daripada murid2 dalam acara dewan plak.  Murid2 ni plak, cakap la mana2 sekolah pun, pasti kreatif dan berbakat punyer...  Macam2 carala mereka buat demi untuk mengembirakan cikgu2 mereka yang disayangi itu...  Ya, sama kan?


Tapi, hari ini, sejarah telah terlakar di sekolah aku.  Buat pertama kalinya kami dihiburkan oleh big boss sendiri!!  Huh!  Cam tak percaya aje!!  Demi tak mahu menghampakan kami, guru besar kami yang memang terkenal dengan sikap sporting dan sayangkan kami ni (ewaaahhh...) telah memberikan hadiah yang tidak pernah lagi kami dapat sebagai guru di sini - menghiburkan kami.


Kenapa?  Tak percaya ye??  Huh, Boss kami telah 'mensumbangkan' suara lunak merdu dan machonya itu dengan lagu IKLIM...  Dan 'angin' dan semangatnya makin berkobar bila Hot Babe kami, Kasturi sudi menjadi 'model' untuk klipnya... 


Kas - our 'hot n spicy' Babe...  hehehe...
Walau boleh nampak dengan jelas, tangannya yang menggeletar mengalahkan orang mengidap Parkinson tuh, Boss kesayangan kami tetap menyampaikan lagu dengan penuh emosi....  heh heh heh!



Huh! Penuh perasaan tu... 

Dan bagi aku, itu hadiah Hari Guru paling bermakna...  Aku terhibur dan terharu dengan kesungguhan pihak atasan kami memberikan yang terbaik kepada kami.  PK HEM kami pun sebenarnya turut menyanyikan lagu 'Ummi', malangnya aku snap melalui video cam.....  Terima kasih, cikgu.....


Haaa....  seperti yang aku kata tadi, mana mau cari...???  The Best Entertainer of The Year....









2 ulasan:

  1. tahniah teacher, persembahan teacher memang menghiburkan, caya laaaah teacher, tp kecewa kerana kesuntukan masa, ramai cikgu2 lain x sempat nak tunjuk bakat masing2, huhu...lambat dah la nak tgu hr guru thn depe pulak, apa2 pun sambutan hr guru skmu meme the best thn ni, tahniah pd yg menjayakannya

    BalasPadam
  2. Thanks Karl... Tu gemuruh giler tu.. saje jer buat kontrol macho..
    Tu la.. Ai pun tak puas ati sebab rasa terkejar2...
    Next year kita pakat suggest, tak payah buat acara padang, terus ke 'konsert', ok...?
    Sebab mak tringin nak tengok 'Cikgu Rashidi' buat persembahan... huhu

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.