KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 9 Mei 2011

AKU PUN TAHU...

Salam.  Seronok benar aku membaca entry rakan2 blogger mengenai keriangan dan sambutan Hari Ibu yang mereka sambut.  Sesetengahnya mencurahkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu masing2, diselitkan dengan gambar yang begitu 'sentimental value', membuatkan aku terasa amat sebak dan terharu...  Tahniah kepada kalian, juga kepada diriku sendiri!  Aku juga menyambutnya, seadanya...  Namun aku tetap bahagia dan gembira...  ( kalian pasti ingat pasal entry aku semalam yang menyatakan rasa kebangganku terhadap anakku, kan.. kan.. )      = )



Namun, aku ingin mengajak rakan2 semua untuk mengingati akan sesetengah daripada kita sudah tidak berpeluang untuk memeluk ibu, seterusnya tidak dapatlah meraikan Hari Ibu.....


Pagi kelmarin, setelah selesai pengajaranku, aku berpesan kepada murid2ku :  "Balik hari ini, peluklah ibu kamu sambil mengucapkan Selamat Hari Ibu kepadanya, serta ucapkan terima kasih di atas jasa dan pengorbanannya."


Daripada 24 wajah ceria itu, ada 2 wajah yang serta-merta berubah!  Wajah2 itu segera bertukar muram, menunduk malah yang seorang itu terus mengalirkan air mata!!


Oh!  Maafkan aku...  Aku terlupa yang ada di antara mereka, murid2ku itu tiada lagi insan yang bergelar IBU bersama mereka.  Jahatnya aku, kerana bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu...  Lantas aku lanjutkan peneranganku, bahawa Hari Ibu disambut dan perlu diucapkan kepada sesiapa sahaja yang menjaga dan menyayangi kita, walau mereka itu bukan ibu kita...  Barulah wajah2 polos yang muram tadi sedikit demi sedikit bertukar tenang dan tersenyum.....


Muridku yang ceria ini membesar dengan neneknya.  Sejak bayi lagi dia dihantar ibunya ke rumah nenek sebelah ayahnya.  Hingga sekarang, dia tidak tahu di mana ibunya berada.....



Haikal (di belakang sekali) juga tinggal bersama neneknya.  Aku dengar ibu bapanya bercerai, sebab itu dia ditinggalkan dengan nenek sebelah bapanya.  Sudah lama dia tidak berjumpa dengan mereka....



Malah, ramai lagi muridku yang bernasib seperti mereka...  Aku simpati...  Dan aku lebih simpati kepada rakan2ku yang turut tidak berpeluang menyambut Hari Ibu.  Kalau yang sudah berkahwin, mereka sekurang2nya diraikan oleh suami masing2, atau yang lelaki, meraikan isteri mereka.  Yang seorang ni, masih bujang, so terasa la kesedihannya...  Mulanya aku terlupa.  Namun aku terlihat akan perubahan wajahnya setelah mendengar lagu Mawar Putih Buat Mama yang aku perdengarkan.  Maafkan akak, Rash.....


Aku juga terharu bila mengingatkan akan anak2 jururawat yang rentung dalam kebakaran di Taman Sri Guchil 2 hari lepas.  Bayangkan, dia sanggup berkorban nyawa demi memastikan anak2 sempat diselamatkan daripada api yang marak itu!  Sehingga semalam, anak2nya tidak dapat bercakap kerana masih terkejut dan trauma....



Lantas, betapa bersyukurnya aku kerana masih sempat memeluk dan mencium pipi ibu petang kelmarin.  Syukur ke hadratmu Ya Allah, kerana masih melanjutkan usia ibuku...



















2 ulasan:

  1. Oh dear...you made me cry. So much heartache and pain in this world. You are such a beautiful person the think and remember them...to honor them with your words!

    BalasPadam
  2. Thanks my dear friend...
    I've tried myself to be the best person for them, and I still keep trying...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.