KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 17 April 2011

TERBAKAR AKU....

Kalau dah Selasa lepas, The Red Warriors teruk dibelasah pasukan Perak 4-0.  Malam ini mereka tidak berjaya menebus maruah yang begitu teruk tercalar.

Menentang Sabah di tempat sendiri, Kelantan hanya mampu seri 0-0.  Bagi aku, tidak cukup bagus!  Mengapa boleh jadi begini?  Sebelum ini, TRW konsisten dalam setiap perlawanan.  Tapi sekarang...  Marah dan terbakar betul mak....


Elia, si jejari runcing tu, kembang lubang hidung bila kekasih hatinya, si Apex turut dicalonkan untuk anugerah tokoh sukan Arena...  Tapi, mengapa Apex boleh mengecewakan kami?  Terutamanya semasa menentang Perak hari tu...  Huhu.. hampa la jugok....


TRW sepatutnya menang tadi, demi untuk menjamin keselesaan rangking.  Tapi sayang kelebihan beraksi di tempat sendiri, di hadapan puluhan ribu peminat fanatik mereka (macam aku nih!!) tidak mampu membantu mereka....  Ceh!!  Terbakar betul aku!!


But however - GOMO KLATE GOMO!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.