KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Selasa, 19 April 2011

TAK FAHAM BETUL AKU...

Aku tak pasti, adakah aku seorang yang terlampau bodoh atau sememangnya mereka tu teramat sangatlah bangangnya...  Sudah menjadi rutin aku untuk membungkus (aku beli dan bayar la ngok...) makanan, sama ada lauk-pauk atau paling koman pun, kuih-muih untuk dibawa balik nanti.  Dah berbelas tahun aku buat benda tu!


Sebab?  Aku akan cepat emo bila balik je rumah, anak2 aku dah tanya, " Makan lauk apa pasni mak?"  Kalau dah balik pun sama2, mesti la ambik masa untuk aku masak.  Aku pulak jenis ibu mee kari, malas yang amat nak masak2 nih!  Dah kita kerja dah penat2, balik rumah, ape kelllassss nak bertungkus lumus plak masak-memasak?  Cukup ler masak nasi, kuah ringkas2 dan lauk (gulai ke, ape ke) yang aku beli kat kantin tadi...  Anak2 aku dapat makan cepat...


Tapi, aku memang betul2 tak faham dengan sesetengah member aku, tiap2 hari muka yang sama juga la yang tanya aku, bila melihat aku membeli lauk bungkus....


" Beli lauk ke? "

" Tak masak ke kat rumah? "

" Susah ke nak masak lauk ni kat rumah? "


Eh, aku punya suka la nak masak ke tak!!  Rumah aku, perut aku...  Aku beli lauk ni pun, bukannya aku mintak korang bayarkan!!  Haku bayar dengan duit haku sendiri kan?  Kan?  Kan?  Tak paham la aku....


Itu yang aku teringat ayat rakan blog aku, Noi, ada kata dulu, susah betul deal dengan manusia bermulut longkang nih!!  Cakap ikut sedap mulut, soal orang pun ikut sedap mulut longkang mereka jugok lah...


Setelah mengalami kemurungan melampau ekoran diterjah soalan2 leser si mulut longkang dulu, aku membuat keputusan drastik kelmarin.  Aku dah takmau jawab ikut mulut manis seharum kasturi aku dah!  Aku nak jawab laser jugak, ala2 mulut parrit gitu!  Dan itu la yang aku buat...


Soalan si mulut longkang :  Bungkus lauk..?  Balik tak masak ke?


Jawapan aku :  Aa...  saya ni sorang isteri dan ibu yang pemalas.  Malas sangat nak masak!  Dah penat2 kerja ni, balik rumah terus nak tidur jer...  Saya tak suka masak.  Saya tak pandai masak!  Lagi pun, saya sendiri bayar lauk ni!  Setakat ni, takder lagi orang yang kena bayar!!


Hambik kau....   Dengan senyuman, aku menjeling ke arahnya, melihat dia yang senyum kelat berlalu pergi!


Tak paham betul aku dengan sikap mereka...














2 ulasan:

  1. haha , jangan dilayan sangat orang penyebok neh . :)

    BalasPadam
  2. Salam,

    bila nampak ada huruf N O I, rasa nak terjatuh kerusi :P

    apa-apa pun, SYABAS kerana berjaya bagi sedas dua kata-kata kepada mereka ini... semoga mereka insaf dan mengurangkan ke-longkang-an mulut mereka...

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.