KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Jumaat, 8 April 2011

SAYONARA.....

Semalam (Khamis) merupakan hari terakhir bagi Cikgu Mie dan Kak Som bertugas di sekolah kami.  Mereka masing-masing telah dinaikkan pangkat sebagai PK Ko.  Aku tak pasti apa perasaan mereka, tetapi bagi aku, yang pernah mengalami pertukaran tempat bertugas, hari terakhir itu adalah amat menyedihkan.  Dalam situasi sekarang pun aku tetap berasa sedih kerana kami akan kehilangan 2 orang pendidik yang amat berkaliber dan profesional...  Memang kami gembira akan kenaikan pangkat mereka itu, namun dalam masa yang sama sedih kerana terpaksa berpisah dengan mereka...

Pagi itu, pihak sekolah mengadakan perhimpunan khas bagi mengumumkan pertukaran mereka secara rasmi kepada semua murid.  Apabila semua pihak sudah selesai memberikan ucapan, semua murid bersalaman dengan kedua-dua orang guru kesayangan ramai ini.  Aku tak tahu lah perasaan rakan yang lain, tapi aku, dah tak tahan rasanya nak cover air mata ini...


salam terakhir


tiada siapa yang tahu gelora di hatinya


Bayangkan la, Kak Som sudah berkhidmat di sini lebih 23 tahun...  Bukan sedikit jasa dan pengorbanannya.  Cgu Mie juga pun apa kurangnya, hanya lewat beberapa tahun sahaja...  Sebelum ditukarkan, dan tidak lama kemudian, kembali semula ke sini (macam aku) - di tanah tumpah darah kami ini!!

Saje je tu dia buat kontrol macho, padahal sediah giler tu..

Kami hanya mampu mendokan mereka suksess di tempat baru, dan tidak akan lupakan kami di sini.  Tengahari itu, sedikit jamuan tanda perpisahan kami adakan untuk mereka ( heheheh! Cgu Mie juga hok sponsor tu..). 


Dua orang budak bawah umur tu sibuk jer menempel... namun mereka adalah tunggak utama setiap jamuan, hehe



Sempat posing setelah penat tolong chef2 diva masak dan test koktail 2 mangkuk, nasi sepinggan!! hhhh

Chef2 Diva sedang makan sambil bermesraan dengan rakan2   




Teacher kesayangan - aku kesian kat dia yang sering tak dapat makan....


Orang paling ganas dan berkuasa di tempat kami - happy 24 jam, itu merupakan rahsia awet mudanya!


masih lagi menanti pinangan anak dara yang sudi...

Dalam sedih, terharu dan penat tu, sesuatu yang mengejutkan aku telah 'reveal'...  Judin, si budak bawah umur yang serba boleh ni, rupa-rupanya adik kepada rakan lama aku yang satu maktab dulu - Hassan Sazali...  Alahai Judin.... dah jenuh aku buli mu, rupanya mu adik saing aku!!  Nasib la aku kalau pasni si Hassan tu mai sekeh aku...  Reaksi spontan aku, mengalirkan air mata gembira...  Huhu! Pasni, lagi la aku kuat buli budak nih!! heheheheh.....




By the way...............
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.