KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Khamis, 28 April 2011

SAKURA...

Topik hangat di sekeliling aku hari ini, Holiday...  Sambil makan pun mulut masing2 becok beritahu rancangan family masing2 nak bercuti kat mana2...  Cik Kak yang sorang tu pun, untuk ke sekian kalinya 'perangat' balik la pasal grand holidaynya 2 tahun lepas kat oversea...


Hahaha!  Aku tak heran la...  Pergi Jepun bukan budget sendiri da...  Syarikat taja...  Tapi ok la kan.  At least, dia sampai juga kat oversea.  Siap 'ngagah' kat aku pasal dia bawa balik bunga sakura....  Bertuah badan....



Semasa aku menapak untuk ke kelas, untuk ke sekian kalinya, aku bergumam tentang bunga2 kemboja yang sedang galak dan lebat berbunga.  Banyak juga yang luruh bertaburan di kaki pokok yang berbaris di lereng pagar sekolah.  Lantas aku teringatkan member aku yang pergi ke Jepun untuk melihat bunga sakura...


Hmmm....  Bunga kemboja warna pink ini pun cantik juga...  Tak kalah dengan bunga sakura kat Jepun tuh!  Tak percaya?  Kalian tengoklah sendiri...


Walaupun bunga kemboja ni 'barang local', aku tetap mengaguminya...

Selamat Hari Pekerja yang bakal tiba nanti.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.