KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 10 April 2011

SAHABAT

Setiap manusia mempunyai sahabat di sekelilingnya.  Yang berbeza, mereka itu jenis yang suka ramai sahabat atau seadanya...  Kalau ada manusia yang mengatakan dia tiada sahabat dan tidak suka bersahabat, dia perlu segera dibawa berjumpa doktor.  There is something wrong in his/her head...


Aku pun ada sahabat, walau boleh dibilang dengan jari ( itu pun kalau mereka benar-benar anggap aku sahabat.  Takut aku jer yang syok sendiri..).  Aku tetap bersyukur walau tak ramai sahabat, kerana aku tahu siapa aku.  Aku bukan artis atau diva popular... (eleeehhh..).  Ya lah, apa guna ramai sahabat kalau ramai dari jenis yang nak menjahanamkan kita???  ( Hah, mak dah stat nak ##$&**%##@! dah nih!)


Seorang sahabat aku, memang baik orangnya.  Semua orang sukakannya.  Amat mudah berkawan dan mesra (diulangi, MESRA) dengan sesiapa sahaja.  Dia dikenali ramai, mengalahkan artis Diva!!  Kalau berjalan dengannya, huh! dengan kita2 sekali terasa kefofularannya!  Macam kita Diva jugak...


Tapi, ramai yang tidak tahu, aku dan bebrapa rakannya sering 'makan hati' dengannya.  Ramai yang tidak sedar, apa sahaja yang dilakukannya, sebenarnya adalah 'hasil usaha' dan titik peluh rakannya yang lain!  Terkejut??  Jangan kau terkejut....  Sudah bertahun aku melayan kerenahnya....  ( Cheh! Nak mula memburukkan sahabat sendiri nampaknya mak nih!!)



Aku sedih kerana dia tidak pernah insaf daripada perbuatannya yang suka menggunakan sahabat2nya sendiri untuk kepentingan peribadinya.  Sudah banyak kali kami, malah aku sendiri, tegurnya secara langsung pun, boleh dibuatnya tak faham... ( tak faham ke, atau sememangnya bodoh..??)  Aku teringat entri rakan aku dulu, pasal kawannya yang cuma berkawan kerana ada makna tu...  Haaa... begitulah...  Susah tau nak 'undurkan' diri dari spesis macam ni.  Mereka bijak dan tak mudah marah.  Mereka tak kisah apa kita kata, janji hasrat mereka tercapai.... Ptuih  betul...




Hangin betul aku!!  Mulut sahabat jenis ni akan selamba jer cakap a.k.a memberi arahan kepada kita membuat itu dan ini untuk dia.  Mungkin dalam kepala hotak dia yang biol tu, dia hanya membuat permintaan kecil kepada sahabatnya.  Habis, kalau dah 45 kali permintaan dalam sehari, pertolongan apekendenyerr tuh???  Kalau dia jenis mudah juga tolong kita balik, takper la jugak.  Ini tidak, jangan harap dia nak membantu orang lain, siap tipu dan bohong lagi demi nak mengelakkan diri daripada bersusah payah membantu rakannya pulak (yang selama ini menolongnya) yang dalam kesusahan!  Nak berbohong, gred Z pulak! Tahap bodoh nak mampus!!  Agaknya dia ingat orang lain tu terlampau bodoh untuk mengesan pembohongan nya.  Ceh...!!!!! 



Aku sedih kerana aku terpaksa tolak 'permintaan'nya untuk menolongnya...  Kerana bagi aku, dia terlampau tak munasabah!!  You are soooooooooo  NONSENSE girl!!!  Apa tak karutnya, orang lain minta tolong dengannya, dia sanggup!  Sanggup untuk semuanya!  Tapi satu pun daripada perkara itu bukan hasil usahanya!  Dia akan meminta rakan2nya yang lain pula melakukannya bagi pihak dia, tanpa diketahui oleh pihak yang pertama tadi...  Ceh!  Tak karut lagi ker???   And, at the end of the day, SHE is the ONE who will have all the glory, the thumb up, the merit and so on!!  Haktuih...!!!


Mengapa Allah turut mencipta 'insan' yang sebegini di alam maya pada ini???  Why???   Why...????


Insaflah wahai manusia.......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.