KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 11 April 2011

PENIMBANG MAK ROSAK...!!!

Dah lebih sebulan sejak kali terakhir aku naik penimbang kokak aku yang murah tuh!  Dah malas rasa nak ambik tahu pasal berat badan aku yang amat gebu dan vouge nih...  Tapi, sehari dua ni, kaki rasa cepat sangat lenguh2.  Bila naik tangga nak ke tingkat 4, macam nak putus nyawa!  Baju?  Jangan tanya, semua ketat.  Maklumlah... mak beli kain murah jer... so, mengecut ler...  keh! keh!  Apa punya alasan da....



Gambar pinjam dengan Mr. Googles...
Tuuu diaaa....  Hambik kau!!  Naik lagi!!!!   Lagi 2kg, aku akan kembali semula ke berat asal aku dua tahun lepas.  Tiiidaaaaakkkkkkkkkkkkkk.....!!!!  Huuwaaa....  Apa nak buat?  Apa nak buat??



Padan muka aku!  Ni gara2 mudah tak sedar diri la ni!!  Melantak sampai tak ingat dunia.  Kata 'on diet', tapi biasanya 4 hari jer...  Bila tension, makan!  Time happy, makan!  Nak marah kat seseorang, pun aku makan!!



Aku kalau melantak, tak reti sikit2 nih... tahap sebelah kek di atas tuh! (gambar hiasan)




Huh!  Aku sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kek seperti itu!!!  Ceh....




Dah la kat sekolah aku kerap benar buat jamuan... Makanan plak, best2 giler!!  Al maklum ler, ramai sangat chef Diva kat sekolah aku - pandai masak dan rajin plak masak ( ayat orang cari alasan)





Chef2 Diva di atas plak dah lantik aku secara tetap sampai pencen, sebagai 'inspektor rasa'!  kui kui kui....




Nak kembali aktif bersenam dan riadah, dah rasa malas yang amat dah sekaang.  Bukan apa, aku kesian kat MIS aku... dia nampak semacam jer bila aku menyungguh sangat exersice.  Dia nak join, tak boleh, nanti sakit dada plak... ( lagi alasan bodoh...)




Abis, camno la aku nak capai hasrat (MIS) untuk kembali semula seperti ini??? 

Mengigau la mak....




Sebab tu bila berposing, mula la asyik nak menyelit belakang @ tepi orang jer...  Konon nak sembunyi kolestrol la tuh...  Ceh...



Abis, camno nih?  Pikir... jangan tak pikir...  Hmmm... kejap, nak jenguk ke dapur.  Aku biasanya akan mendapat pelbagai idea 'bernas' semasa MAKAN.  Muehehehehhh...!!!!



Aku, kalau makan, lebih kurang begini ler... (gambar pinjam kat member, Crystal)



2 ulasan:

  1. It is such a hard thing to lose the weight and keep it off...rather, it is hard to lose weight period these days. My body is getting old and tired, the children make it hard to choose the best foods, and I am so tired. You can relate right? You look beautiful before and after though...trust me, you do!

    BalasPadam
  2. How nice of you, Crystal... Thanks for the sweet words. Yeah, its really easy for me to feel tired, even for a short distance walk!! I always 'steal' an extra space, everywhere I go, and people hate that!! Hahaha

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.