KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 9 April 2011

MAHARAJA LAWAK Yang Murah

Sedih dan tak aci plak rasanya bila AC Mizal umumkan semalam, yang mulai minggu depan, Maharaja Lawak hanya bersiaran di Mustika saja... Uhuk! Uhuk!  Nak kata aku fanatik ML tu, tidaklah...  Tapi, rasa rugi dan ketinggalan jika tak melihat aksi Nabil, Jozan dan Sepah...




Aku gelak sampai terguling-guling semalam menyaksikan aksi dan memek muka Nabil yang cuba 'rew' balik aksi jurujualnya itu! Bukan niat nak beri promosi percuma untuk dia, tapi bagi aku lawak Nabil memang menjadi.  Dia memang berbakat sebagai 'stand in comedian'.  Namun, kalau dalam filem, sesetengahnya nampak ala2 'bodoh' plak.  Terikat dengan skrip agaknya...




Sepah pun tidak mengecewakan, macam selalu...  Bersahaja dan menghiburkan.  Gandingan tiga orang pelawak ni memang menjadi.  Parut kat pipi tuh, 'titik tumpu' bagi aku semalam...




Budak dua orang ni, tak usah diberitahu la... memang dah tahap 'comedian stars'...  terutaman Zizan yang bagi aku, memang versetail.  Tapi, secara peribadi, aku lebih banyak gelak sampai senak perut semasa aksi2 mereka sebagai pengacara RajaLawak!  Mereka mampu mengubah lagu dan teknik nyanyian menjadi seni dalam komidi...  Namun begitu, aksi mereka semalam tetap menghiburkan dan menggeletek hati...

Cuma pada aku, beberapa peserta kureng sesuai berentap dalam pertandingan ML ni.  Dah namanya pon, Maharaja...  Mereka memang la nampak berusaha untuk melakukan terbaik, tapi dah memang lawak mereka tu tidak menjadi.  Malah, sesetengahnya nampak macam buat sambil lewa aje...  hampeh betul.  Tak dinafikan juga ada yang sememangnya bagi aku, tak lawak langsung!!  Buat rosak lawak dan mood ketawa aku ada la...




Contohnya macam group nih!!  Kosong takde isi dan tak lawak langsung...  Aku rasa peserta2 begini la yang merosakkan ke'maha'lan ML....  Termasuk perseta kumpulan yang cakap ala2 pendatang Indonesia tuh!!  Ceh!! Tak senonoh betul!  Lucah bodoh ada la...  nak termuntah aku!  Kalau aku menonton kat sana semalam, rasa2nya aku pegi tarik lidah budak dua ekor tuh.....  Perosak lawak dan maruah pelawak ajer!!

BTW, mak sedih sebab dah takleh nengok ML dah minggu depan...  Jahat la Astro ni!!  Umpan aku dua minggu, pastu kecek nak suruh amik pakej Mustika....  Haktuih....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.