KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 3 April 2011

Isn't He's Beautiful?

Aku ada satu impian, (erk.. sebenarnya.. salah satu) yang satu hari nanti aku akan memilikinya.  Impian putih suci murni ku ini sebenarnya telah lama bertapak dalam jiwa laraku ini actually.  Sejak di zaman persekolahan aku lagi...  Huh, kira-kiranya Chenta Monyet aku lar nih...

Memang, aku tak malu mengaku yang aku benar-benar GILAkan dia.  Semasa aku form 6 dulu, aku selalu berulang alik dari sekolah aku yang agak jauh dari rumah dengan bespren aku, Nor.  Fuh, kami bagai nak tercabut bijik mata tiap kali si dia melintas di hadapan kami... ( part ni, aku yakin, aku lebih terang 'menelanjangi' kekasih hatiku itu, kerana bespren aku, Nor tu, rabun... hahaha!) Sowwy Nor....

Namun, biasalah, cinta gadis rimba takkan nak kompang satu Malaya kan? So, cinta aku kekal rahsia...  Aku mabuk kepayang tiap saat, sedangkan 'si dia' tak tahu pon...  Takper, aku sedar siapa aku...

Bila aku upper six di Bachok plak, aku 'terjatuh' chenta dengan 'si dia' yang mirip secret admiral aku dulu...  Cheh! Aku mereng bagai nak rak menanggung rindu nak menatap 'si dia'...  Yang ni lebih kacak kerana dia selalu 'berbaju' merah...  Tiap kali 'si dia' melewatiku bersama memberku yang bukan classmate aku, bagai nak meleleh air liur aku ni...  huhu... dasyat betul...

Tapi sayang, aku kemponan!  Si dia itu, sudah ada yang empunya...  member aku tuh la...  ceh!!!!  Frust nonggeng aku!  Sebab tu la gamaknya result SPTM aku masa tu dapat 4P jer.....  Ptuih...


Bila aku meneruskan pengajianku di maktab, semangat aku kembali pulih.  Hero pujaan hatiku tetap wujud di sini.  Dan dia lagi hebat, macho dan maskulin....  Fuh...  Aku selalu curi pandang kat dia yang selalu 'berbaju' biru muda itu.  Oh, hebat betul dia....  Suaranya, huh, amat la maskulin...  Amat original....

3 tahun aku membaja chentaku kepada 'si dia' yang pendiam itu...  Kadang-kadang aku sampai termimpi-mimpi berjalan-jalan bersama 'si dia'...  Hebatnya kalau ia benar-benar menjadi kenyataan...  Tapi itu tidak mungkin berlaku kerana dia adalah kesayangan pensyarah aku yang paling ganas dan garang di maktab kami, Pak Sahir!!!  Nak mampos....

Namun, derita kechewa aku tak lama.  Ibu bapaku memujuk aku supaya menerima pinangan menantu pilihan mereka, My Inchek Suami sekarang ni la...  Aku bahagia sangat-sangat, hingga sekarang.  MIS aku baik dan memahami (ewaaahhh!! kipas nampak...), bila aku story kisah chenta aku yang hanchor tu, dia berazam akan menenmukan aku dengan 'si dia' pujaan hatiku, isterinya ini, satu hari nanti.

Dan aku masih menanti janji manis MIS itu, walau sudah 15 tahun berlalu.  Kekadang aku tagih juga janji dia tu.  Dan dia dengan sopannya meminta aku bersabar...  Dan aku tetap bersabar, kerana aku amat chentakan My Inche Suami (MIS)...

Buat masa sekarang, MIS hanya mampu ketemukan aku dengan gambar2 'si dia' sahaja dulu.  Dia tak bersedia lagi untuk 'ketemu'kan kami secara berdepan aka live...  So, aku abadikan di sini chenta hati aku ini kepada kalian, live and exclisive.....   Taadaaaaa.....





Isn't he's beautiful...? I will get one, one day..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.