KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 25 April 2011

HAPPY......

Salam.
Entry aku hari ini bukan nak membuka pekong di dada, tetapi aku ingin berkongsi pengalaman dengan kalian semua.  Sebagaimana yang aku maklumkan dahulu, aku mengajar 5 kelas, dari kelas cemerlang, sederhana hinggalah ke 'slow learner'....


Minggu lepas, murid2 kesayanganku itu menduduki ujian bulanan.  Ada kelas meningkat prestasinya, banggalah mak setarang....  hehehe!  Tapi bila aku check jawapan muridku dari kelas 'ujung' ni, aku terkedu!  Memanglah aku sudah menjangka akan skrip jawapan mereka itu, taraf doktor/ profesor madia pun tak boleh nak baca.  Tapi, aku nak mengetengahkan satu perkara.  Murid2 aku ni, walau pun mereka selalu 'menolak' segala ajaran aku ( semua ilmu yang diberi tak melekat sikit pun dalam kepala otak mereka ), ada sesuatu perkara itu mereka boleh ingat.  Maka, jadi kreatif sesangtlah skrip jawapan mereka...





Ini ler soalannya, lebih kurang...  Mereka perlu membina 2-3 ayat daripada perkataan2 tersebut.  Gambar juga disediakan untuk membantu mereka menjana idea... 


Aku sentiasa menegaskan kepada mereka, walaupun sesetengah daripada mereka tak boleh membaca pun lagi ( in English la ) agar tidak meninggalkan kosong ruangan jawapan.  Paling tidak, jika ditulis semula perkataan2 yang diberi tu, ada juga markah 'kesian' untuk mereka.


Tapi aku tidaklah menjangkakan jawapan2 kreatif ini akan mereka berikan....



Murid lelaki aku yang berbadan kurus dan berkulit gelap ini ternyata menyalin semula perkataan yang diberi sambil menokok-nambahkan apa2 perkataan lain yang terlintas di fikirannya hingga aku  tidak dapat langsung 'mentranslitkan' ayat itu!  Tapi, lihatlah tulisan 'happy' tu....





Ini pula skrip jawapan daripada ketua kelas itu sendiri!  Aku bulatkan dengan pen merah bagi membezakan dengan skrip murid terdahulu tadi...  Huh!  @_@




Tentu rakan pembaca semua dapat kaitkan perkataan 'happy' tu dengan apa kan....?  Ya, betuuuuuuuulll......  Salah satu rangkaian telekomunikasi 'wayarles' yang agak tersohor di negara kita.  Lambangnya ada di mana2, termasuklah di jersi pasuakan bolasepak pebret mak, The Red Warrior, yang mana tulisan itu jaaaauuuhhhh  lebih besar dan terang daripada nombor jersi pemain itu sendiri!!















1 ulasan:

  1. kak , jangan lupa bace komen ye . saye oweiz reply komen akak kt blog sy :)

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.