KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 23 April 2011

DIA WANITA TERHEBAT

Semua orang mula bercakap tentang Hari Ibu yang bakal menjengok bulan depan.  Aku pun sudah mencongak2 apa event aku untuk merai ibu aku yang amat aku sayangi itu...=)  (luv U mom...)

Tapi hari ini aku nak cerita fasal ibu kepada seorang anak buah aku, nun di KL sana.  Ibu kepada Aiman ini adalah seorang wanita yang amat cantik.  Mana tak cantik, datuk sebelah emaknya berdarah Pakistan!  Maka, ibu Aiman memiliki seraut wajah mulus, hidung mancung tirus, berbibir nipis dan berkulit putih....



Aku masih ingat dengan jelas, ibu Aiman semasa remajanya, berambut panjang lurus, hitam dan lebat separas pinggang.  Aku suka menolong menyikat rambutnya (lebih kepada makin nak kusutkan..) setiap pagi...  Sambil aku menocang rambutnya, dia selalu bercerita kepada aku ( waktu itu aku berumur lingkungan 10-12 th).  Katanya, aku, semasa bayi amat lasak dan aktif.  Tak reti duduk diam.  Dengan kata lain, selalu menyusahkan dia!  Heh heh...


Ya lah...  Hidup kami semasa kecil dulu tidaklah sesenang sekarang.  Ibu Aiman ini paling terasa keseksaannya, kerana dia terpaksa menjaga aku kerana ibu bapa kami sibuk bekerja, kena tolong buat kerja2 rumah - membasuh baju, pinggan-mangkuk dan sebagainya, selain bersekolah...  huhu...


Cakap mudah, ibu Aimanlah 'ibu' kedua aku!  Katanya, dia pernah takut nak balik ke rumah, pada satu petang, kerana gagal mencari aku!  Dia dan rakan2nya terlalu asyik bermain, hingga terlupakan aku yang sedang merangkak keseorangan di tepi padang.  Tahu2, aku dah hilang!!  Jenuh mereka semua melaung mamanggil nama aku...  Ibu Aiman dah nak menangis kerana dia sudah membayangkan, pasti mak aku ( ibu tirinya) akan membelasah dia cukup2!  Rupa2nya aku disembunyikan oleh seorang sedara aku juga, yang waktu itu baru kahwin, so kemaruk nak main dengan budak kecik.... wakaka.....


Satu pagi yang lain, ibu Aiman membawa aku ke anak sungai, tempat kami semua membasuh dan mandi manda.  Waktu itu, di penghujung 70 an, mana ada elektrik dan air paip seperti sekarang.  Dah dia sibuk membasuh panggan, aku merangkak di dalam semak kemuncup di belakangnya.  Tahu2, dia terdengar aku terbersin tak henti2.  Bila dia menoleh, semua budak2 yang ada di situ ketawakan aku!!  Rupa2nya kemuncup dah mencucuk hidung aku!!  Ceh....


Ibu Aiman seorang yang ringan tulang (gambar hiasan)

Ibu Aiman juga tidak pernah kedekut dan lokek dengan apa yang dimiliknya.  Mungkin kesusahan di zaman kanak2 mengajar dia untuk berkongsi apa yang dimiliki.  Alhamdulillah, setelah dewasa, hidupnya senang kerana bersuamikan seorang peguam berjaya...  Dia adalah antara 'penyeponsor' tetap aku semasa zaman pengajianku ( walhal, dulu, masa dia sekolah, dia terpaksa bekerja untuk biaya persekolahannya ).  Sampai sekarang, dia adalah 'penyeponsor' tetap kepada hampir semua anak2 buahnya!!  God bless you...



Ibu Aiman amat disenangi dan disayangi oleh keluarga mertuanya.  Manakan tidak, dia boleh melakukan apa2 saja, memasak, menjaga mertuanya yang sakit, menguruskan rumah tanpa perlukan seorang 'bibik' pun...


Tapi sekarang.....


Aku sudah jarang mendengar berita dari ibu Aiman....

Ada satu insiden setahun setengah yang lalu, telah merobohkan 'jambatan' yang menghubungkan kami!  (Maaf, aku tidak dapat menyatakannya...  ia terlalu peribadi).  Ibu Aiman berkecil hati ( walau dia tidak nyatakannya) kepadaku, dan aku pula amat berkecil hati ( aku siap teks bagitau kat dia!) dengan tindakannya...  Kami, seolah berada di dalam bilik sejuk beku - dingin dan kaku.


Malah, 1 April lalu, aku tidak teks kepada dia seperti kelazimannya.  Aku hanya mampu ucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya dengan bermonolog sendirian...  Ya, aku tau, jahatnya aku....


Biarlah, walau dia tak tahu pun.  Pada aku, dia tetap wanita terhebat!!  Aku tetap tidak akan melupakan segala kesusahan dia menolong menjaga aku sewaktu kecil dulu.  Aku tidak mungkin sama sekali akan melupakan segala kebaikan yang dia lakukan kepadaku.  Semoga hidupnya sentiasa dilimpahi kesenangan berpanjangan serta kasih-sayang abadi daripada keluarganya.


Dia tetap kakak ku selamanya.........














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.