KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 23 April 2011

Alahai... Sempitnya pemikiran korang!

Pagi ini, MIS belikan nasi lemak sebagai sarapan anak2 aku.  Sebungkus setiap sorang...  Aku yang sedang ber'yoga' (semalam jenuh sakit kepala selepas makan sup perut for lunch) buat2 muka kesian menjenguk mereka di dapur...  Huh!  Harum dan menyelerakan bau nasi lemak Kak Pah nih!!



Gambar hiasan - Nasi lemak Kak Pah lebih 'menggiurkan'


Cakap pasal nasi lemak, sebenarnya aku dah jenuh emo bersama rakan2 subahat aku, bila baca dalam paper minggu lepas, yang pihak kantin sekolah harus haramkan penjualan nasi lemak di kantin!!  Member aku, si penari tiang bersuara lunak tu terus membebel dengan emonya!! 










Katanya, " Ala... budak2 tuh tak makan nasi lemak kat sekolah, balik rumah,  KFC lah, Mac D lah, Pizza lah!  Macam2 mak niko benda lagi mak bapak mereka beri sumbat.  Mana nak kurus...???"


Betul........  Aku mengiakan!  Kat kantin aku, tak dijual pun nasi lemak!!  Dah bertahun aku tak tengok bungkusan nasi lemak di kantin.  Kalau 'gam' nasi lemak aje, habis benda2 lain yang lebih 'kolesterol' seperti sosej, nugget, satay, dan 1001 macam junk food lain ada dijual di kantin aku ( malah kantin sekolah lain pooonnn....) budak2 tu tetap tak sihat juga....









" Aa.. la kak...", budak bawah umur ni pon tak mau ketinggalan untuk enter frame!  " Banyak lagi makanan lain yang lebih merbahaya pada kesihatan dibenarkan dijual kat kantin sekolah.  Alih2, nasi lemak aje yang diharamkan!!  Makin nak menjauhkan anak2 bangsa daripada mengenali makanan tradisional kita..."  Betul jugak kata kau Din.......


Itulah...  Aku sedih kadang2 dengan sikap manusia di sekeliling ni.  Marahkan nyamuk, kelambu dibakar!  Bukannya reti nak bakar ubat nyamuk...  Alahai....


Aku setuju dengan cadangan yang diutarakan oleh salah seorang rakan blog aku, Noi, didik orang ramai ( especially) parents pasal makanan seimbang dan berkhasiat ni...  Itu langkah yang paling betul dan patut diperbetulkan!!  Kenapa 'nasi lemak' aje yang perlu menerima 'hukuman' kerana 'dosa'nya membekalkan banyak kolestrol kepada murid2....



Otak masyarakat sekarang dah 'diselaputi lemak' kot, tu yang tak boleh nak fikir elok2 tuh!  Hanya kerana ada perkataan 'lemak' pada nasi lemak, maka makanan tradisional yang menjadi identiti salah satu etnik terbesar di negara ini perlu diharamkan penjualannya di sekolah....  Dangkal betul....


Apa2 pun, harap pihak kerajaan lebih teliti dan bijak sebelum melaksanakan apa2 sahaja pendekatan bagi menangani masalah obesiti di kalangan murid2.  Ikhlas aku cakap la, murid2 obes, rata2 hanya terjadi di bandar.  Mereka banyak mengambil makanan segera di restoran makanan segera yang melambak kat bandar tuh!  Murid2 aku di kampung ni, 3, 4 orang je yang termasuk kategori obes!  Yang lain, lagi 542 orang (lebih kurang) baki tu, body solid jer, mengikut piawai budak2...  Padahal, mereka makan nasi (termasuk nasi lemak la) 3 kali sehari.  Haa...  tapi, makanan2 segera tu jarang mereka jumpa.  Sesetengahnya, mereka tak kenal pun... 


Habis....  mengapa mesti disalahkan kepada NASI LEMAK????

Why...?


Why...????






















1 ulasan:

  1. saye sokong ! hehe . nanti sampaikan salam dekat abang ajudin yerk . tanya dia nape senyap je sekarang , okay ?

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.