KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Sabtu, 2 April 2011

AKU AMAT MENGAGUMI MU

Tiap kali buka papan pemuka blog aku, ish! Dah rasa nak termuntah dah aku...  Dah seminggu aku tahan.  Sekarang rasa amat kronik.  Terlalu banyak entry si dia sorang ni dalam sehari.  Aku tau la cik abang bloggerr sorang ni adalah antara yang terpemes di abad ini...  Followers dia tahap belasan ribu!  Diulangi, BELASAN ribu orang...!!!! Itu bukti dia memang cukup pemes!!  Tapi, ada mak kisah...???  Dia memang rajin post entry, 3, 4 kali sehari...  Dan entry dia tu memang la menjadi kegilaan followers dia.  Buktinya, setiap entry dia, sah akan dikomen oleh puluhan pembaca.  Tapi, sekali lagi, ada mak kisah...???

Bagi aku, entry dia biasa2 ajer...  Sesuai la dengan followers dia yg remaja2 dan muda belia gitu tu...  Aku, awal2 dulu, tertarik juga.  Tapi, dah kenal seminggu, rasa mual plak layan blog dia nih!  Tu yang aku heran, pehal la yang blogger2 bawah umur tu suka sangat kat blogger tepemes sorang ni...


Aku ada follow beberapa blog matured serata dunia.  Tapi yang satu ni amat berbekas dalam hati aku!  Blogger yang sorang ni, pada aku amat istimewa.  Apa sahaja pada dia dan keluarganaya, istimewa!!  (Gitu la kot, kalau dah suka).  Paparannya berkisarkan kehidupan keluarganya seharian, tema yang sama seperti blog aku.  Yang buat aku respek, Tuhan uji keluarganya dengan mengambil semula anak ketiga mereka.  Tapi, keluarga blogger ini tega meneruskan hidup mereka...  Fuh!  Aku dah 70% eksplor blog dia ni pon, dah dekat sekotak tisu aku habis...  Memang tangkap syahdu...

So, aku pinjam la beberapa gambar mereka untuk simpananku (maafla kalau mereka tak izinkan).  Anak2 mereka sangat comel.  Aku juga mengaguni mereka kerana tidak menyangka, masih wujud masyarakat begitu di Amerika!  Iaitu, sukakan keluarga, amat mengasihi anak2 mereka, menjadi ibubapa diusia muda, boleh membahagi masa untuk suami, anak2 seramai 4 orang (asal 5 orang, 1 dah meninggal) dan mampu sambung study hingga graduate....  Fuh....




Aku terpesona melihat redup mata si kecil menatap ibunya




Si Comel di atas tadi sewaktu bayi - Lydia Fultz


Maya Fultz - betapa kreatif si ibu mengabadikan kecantikan ciptaan Ilahi



Fultz family - (dari kiri) Crystal, Miss Lydia, Maya, Aideen dan Conor
Paparanku kali ini bukan untuk mengangkat 'barang' oversea dan menidakkan kehebatan 'barang' tempatan, sebagaimana yang pernah dipaparkan dalam blog milik pengarah tersohor negara kita, saudara Mamat Khalid - Minta mahap, anda local tu... Aku mengagumi blog yang 'tak local' ni, bukan kerana dia 'oversea', tapi aku suka untuk mengetahui kehidupan bangsa lain, di tampat lain yang jauh dari hidup aku, tetapi mempunyai 'jalan cerita' yang hampir sama dengan aku.  Itu jer...


4 ulasan:

  1. salam,
    blogger lelaki yang kerja kat putrajaya tu ka? then ada kontro-basi binik dia guna gambao blogger lain letak tajuk tak elok tu ke?

    kalau dia, me pun tak suka. mcm u jugak, layan 1 minggu then bleeeeh~

    BalasPadam
  2. Yessss... yg tue ler... ni pon tengah timbang2 nak stop follow up dia, buat nyemak papan pemuka mak jer... =/

    BalasPadam
  3. kui kui kui... me ingat me jer yg something wrong tak gemar dia. rupanya ai am not alone! :p

    BalasPadam
  4. Thank you so very much for showing such compassion and admiration for our family. My computer allowed me to translate your post...not completely, but I understood what you were saying. I am humbled to know that someone around the world is being lifted by our story! I look forward to keeping up with your story as well. Until next time, dear friend!

    BalasPadam

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.