KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 17 April 2011

ADA MAK KISAH...??

Aku tahu, hujung minggu lalu merupakan 'nighmare' bagi anak dara kesayangan aku, Hajar.  Aku telah menarik balik semua kemudahan hiburan yang langsung tidak berfaedah untuk pelajarannya, tetapi merupakan perkara penting bagi remaja zaman sekarang seperti dia...



Handfon, mp3 player, radio dan kemudahan untuk mengakses internet!!  Hambik kau... padan muka..!!  Sudah kerap kali aku memberi amaran agar jangan keterlaluan dalam menggunkan kemudahan ciber itu sehingga menjejaskan tumpuan dia sebagai pelajar dan ahli keluarga bahagia aku..  Dia tidak mengendahkan!  Balik aje dari hostel, benda2 tu ler yang dihadapnya, mengalahkan tuhan dia...  Ceh!


Minggu ini 'genjatan' gajet2 tersebut tetap dikekalkan lagi, setelah untuk kali yang kesejuta, dia telah mengecewakan kami, ibubapanya.  Dia, dengan nada perlahan ( sambil bersiaga dengan tindak balas aku, yang entah apa yang ditunjukkan oleh aku ) dia mengatakan, keputusan UBB 1 dia dahulu - 3A.....


3 A??  Apa ??  3 A aje???  Dah setahun tahun lepas, 3A aje la yang kau reti score....   Dan, tidak perlu diperjelaskan lagi, apa2 sahaja yang keluar dari mulut aku....  Dia tunduk, menelan apa sahaja leteran aku.  Dah penat membebel, aku diam ( padahal ambil pernafasan yang semput nih..).  Seketika, dia bersuara...


" Mak, tak bagi benda lain pun takpe, tapi boleh tak orang nak handfon orang balik...?"  aku rasa nak telan aje dia dengan mata sepet aku nih!!  Tak reti ke budak ni??


" Kakak hanya akan dapat balik selepas menambah bilangan A!"  kataku muktamad.


Haaaa...  Itu la yang aku katakan, hujung minggu paling siksa bagi dia.  Padan muka!  Bila dah tiada apa benda yang boleh menghiburkan dia ( melalaikan sebenarnya) boleh pulak dia duduk bersama kami - menonton, main game di komputer kokak dengan adik2nya dan buat serba sedikit kerja rumah yang aku arahkan.  Kalau tidak, jangan harap la....


Petang kelmarin, semasa menghantarnya ke asrama ( My Inchek Suami dah planning agar hanya aku yang hantar dia - Mom n doughter day ) aku explain la sedikit kat dia fasal purpose / tujuan segala sekatan yang kami kenakan kepada dia.  Nampak dia macam mengerti...  Lalu dia meminta maaf dan berjanji akan belajar bersungguh2 demi menambahkan score A nya...  Sebagai ganti, aku membelikan alatan tulis dan buku rujukan.  Hah, itu lagi berfaedah buatmu, anakku...


And, at the end of the afternoon, kami ke KFC....



Eleehh...  mula2 muka masam ler lagi.. gaya orang merajuk dah kena marah....

Nampak tak?  Buat2 sedieyyyyhhhh keh tuh....



Huh!  Dah sampai tiga pat pinggan melantak - chicken chop, burger, kek coklat, bla bla bla....

Nampak nak senyum2 kambing dah tuh.....




Lastly, senyum ler dia...  heh heh heh...




Okey tak mak punya trick nak pujuk anak???  Tak kesah ler abis RM sket2... janji dia faham

niat suci kita....  Mom love you so much, my girl...

Always and forever...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.