KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 14 Mac 2011

TRAGEDI MY LAI - Bahana Kerakusan Perang

Salam.  Mula-mula sekali aku ingin memohon maaf sekiranya entryku pada kali ini bakal menyinggung hati mana-mana pihak.  Maaf juga jika paparan foto2 yang kulampirkan akan mengganggu kalian..


Semalam, aku tersentak dan kekakuan tatkala saluran History menayangkan isu tragedi pembunuhan rakyat Vietnam yang dikenali sebagai 'My Lai'.  Peristiwa yang berlaku pada 16 Mac 1968 di My Lai, Vietnam itu diceritakan dari sudut pandangan tentera Amerika (veteran) yang menyaksikan kejadian tersebut, namun menolak untuk turut bersubahat.  Malah merekalah antara tentera Amerika yang membantu orang awam Vietnam itu (seperti pemandu helikopter, Hugh Thompson) keluar dari perkampungan My Lai yang sudah menjadi abu dibakar oleh satu trup askar Amerika yang diketuai oleh Leftenan Muda William Calley yang kononnya menurut arahan ketuanya, Kapten Ernest Medina supaya menghapuskan tentera gerilla Vietnam yang bersembunyi di My Lai.
William Calley-1969
Calley dan ahli trupnya, telah menyelongkar rumah2 di kampung tersebut dan mendapati ia hanya dihuni oleh warga tua, kaum wanita dan kanak2 (termasuk bayi) sahaja.  Namun, mereka tetap meneruskan arahan yang supaya 'menghapuskan semuanya' kerana mereka itu adalah gerilla Vietnam, atau orang yang bersubahat melindungi gerilla tersebut.  Maka kesemuanya dibunuh dan rumah2 dibakar.  Badanku menggigil, namun aku tetap terus mengikuti rancangan/siaran tersebut...
Adakah begini rupa gerilla Vietnam-warga tua,wanita dan kanak-kanak ?
Air mataku bercucuran hingga keakhir rancangan tersebut...  Walau akhirnya tragedi yang cuba dinafikan oleh Kerajaan Amerika, namun desakan dunia, khasnya rakyatnya sendiri pada masa itu, Calley dan beberapa ahli trupnya dihadapkan ke mahkamah tentera.  Namun dengan campurtangan Whitehouse, beliau hanya menjalani hukuman tahanan di rumah selama 4 tahun sahaja, manakala yang lain dibebaskan...  Kecil hati aku bila melihat temuramah Calley pada tahun 1970 (tak silap), dia dengan angkuhnya berkata, "Saya hanya menurut arahan.  Sudah tugas seorang askar untuk menurut perintah dan arahan daripada pihak atasannya".  Ceh...!!
Tidak ada hati perutkah si Calley itu?  Sedangkan semasa siaran itu, ada dua tiga daripada askar yang ingkar untuk menurut arahan pembunuhan itu pun trauma sehingga sekarang.  Mereka mengaku yang tidak ada satu hari pun dalam hidup mereka, mereka tidak mengingati kejadian pagi 16 Mac di My Lai itu.  Walau mereka minum sehingga mabuk sekali pun, bayangan itu tetap muncul...  


Aku ingin berterima kasih kepada beberapa juruterbang helikopter, seperti Hugh Thompson yang menyelamatkan beberapa penduduk My Lai (yang selebihnya, hampir 500 lebih sudah terkorban dengan sadisnya).  Thompson dan rakan2nya itu dianugerahkan pingat "Distinguished Flying Cross" pada tahun 1998.  Aku bukan nak menyokong atau menentang mana2 pihak.  Aku menulis berdasarkan rasa kemanusiaan.  Dulu, aku kurang tahu (sebetulnya tidak tahu) fasal pembunuhan My Lai ini.  Aku hanya mengetahui secara umum sahaja tentang peperangan Amerika-Vietnam.  Aku tahu ia adalah sesuatu yang kejam kerana ia dinyatakan di seluruh dunia, malah diakui sendiri oleh veteran perang Amerika.  Tetapi, tatkala mengetahui secara 'personally' dan 'detaily' tentang tragedi My Lai ini, aku terus mengigau...




Walaupun William Calley akhirnya memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Vietnam (aku lupa tahun berapa), bagiku itu bukan menjamin segala tanggungjawab di atas apa yang mereka telah buat akan terlepas.  Dosa mereka tidak akan terampun dengan permohonan maaf setelah puluhan tahun selepasnya... Mereka tidak dapat mengembalikan nyawa2 tidak berdosa yang telah mereka ragut secara kejam dulu.  Mereka tidak dapat mengembalikan semula 'kehidupan' mangsa2 yang terselamat daripada muncung senapang serta granit Calley dan rakan2nya...


Pengajarannya,  peperangan hanya menghancurkan dan memusnahkan sesebuah negara serta penduduknya.  Hentikan peperangan.  Hiduplah dalam aman dan harmoni.  Dunia kita sudah semakin tua dan menuju ke penghujung.  Nikmatilah saat2 ini dengan aman di negara masing2...  Ya Allah, perkenankanlah doa dan harapanku ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.