KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 6 Mac 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN ?

Bagi seorang lelaki bujang, kereta adalah segla-galanya.  Kereta mereka itu adalah nyawa mereka, buah hati pengarang jantung.  Sayangnya mereka kepada kereta milik mereka itu tidak dapat digambarkan.  Apatah lagi kalau mereka sudah berhabisan mencantikkan dan meng'up-graded'kan hingga ribuan ringgit.  Kereta mereka adalah karya agung mereka.  Ianya juga mewakili lambang imej mereka.  Malah sesetengah lelaki yang sudah hilang status 'bujang'nya juga pun agak sukar untuk mengikis tanggapan itu dalam diri mereka.  Maka ada la sesetengah daripada mereka menyayangi kereta melebihi kasih mereka kepada isteri tercinta!  ( Jangan marah... )

Gambar hiasan


Orang kata, " Malang Tidak Berbau".  Kalau jeruk petai atau jering atau tempoyak, 2, 3 batu dah boleh dihidu.  Jadi bagi orang yang tidak meminati makanan-makanan tersebut, mereka awal-awal lagi sudah boleh mengelakkan diri daripada menuju ke arah makanan tersebut.  Tetapi 'malang' tiada siapa yang tahu bila ia akan menghampiri.  Kita sebagai manusia hanya mampu berhati-hati dan bertawakkal kepada Allah agar sentiasa dilindungiNya daripada sebarang petaka.

Sekadar gambar hiasan.  Memberku lebih hensem dari ini...

Sahabatku yang seorang ini ibarat mati isteri.  Kereta Toyota Vios yang tidak sampai setahun dibelinya sudah hilang 'muncung'nya!  Gara-gara salah faham memikirkan yang keretanya sudah berada dalam posisi undur (R) dia terus menekan minyak, tanpa menyedari yang gear keretanya berada dalam posisi D.  Habis dinding dan pintu kuaters dilanggarnya.  Nasib baik dia tak apa-apa.  Tetapi kereta yang menjadi kekasih pujaan hatinya sudah remuk dan hancur hud.


Bayangkan, sudah seharian beliau memandu kereta itu, dari Kota Bharu hinggalah pulang kembali ke kuaters, Alhamdulillah, dia selamat.  Tapi, malang ternyata mengekorinya hingga ke akhir.  Kesilapan disaat terakhir itu telah memusnahkan 'babe'nya.  Hingga ke hari ini aku lihat wajahnya murung...  Mana tak murung weh?  Mau 2,3 ribu melayang nanti.  Harap temanku bersabar...

"Sabar ye Din,"  "Uuwaaargh..!!" dibalasnya.
 Yang menjadi kemusykilan kami, rakan-rakannya ini, tahun lepas, di lokasi yang sama seorang rakan kami yang lain juga pernah mengalami kemalangan yang sama.  Kereta Kancil merahnya terbabas hingga melanggar pasu bunga di hadapan kuaters itu juga...  Kebetulan ke??  Tiada siapa yang tahu.  Cuma harapan dan doa kami, agar sahabatku tadi bersabar.  Anggap itu dugaan.  Bersyukurlah anda selamat.  Ingat, kereta boleh diganti, tetapi nyawa hanya satu..peace...
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.