KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 28 Mac 2011

MONOLOG BUAT CIKGU HARON

Ron, aku terpanggil untuk 'berbicara' denganmu kerana aku sering melihat dan memerhatikan anak-anakmu di sekolah.  Aku nampak mereka riang.  Tapi, adakah itu bermakna mereka benar-benar riang?  Apa sebenarnya yang ada di dalam hati mereka?  Bagaimana mereka mengharungi hidup-hidup seharian mereka setelah peninggalanmu?  Semua itu selalu bermain di fikiranku tatkala melihat mereka.

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk bertanya khabar mereka.  Memandangkan aku kebetulannya tidak mengajar kelas mereka.  Mereka okey saja, itu yang keluar dari bibir munggil anakmu.  Tapi aku kurang yakin.  Aku merasakan mereka seolah menyembunyikan sesuatu...  Ajeerah mendapat 1A4B semasa UBB1 lalu, dan dia memberitahuku dalam emosi yang amat bercelaru.  Aku tahu, dia rasa rendah diri dan malu padaku dengan keputusannya itu.  Aku katakan padanya, itu sudah bagus! Ini baru UBB1, banyak masa lagi untuk dibaiki...  Aku katakan begitu kerana aku yakin, kalau kau ada, kau juga pasti akan berkata begitu kepada anak sulung mu itu...  Nampak dia seperti bersemangat sedikit.

Adiknya, Afeefah lebih ceria dan petah untuk menjawab, berbanding si kakak tadi.  Tapi aku pasti, walau seriang mana pun mereka, mereka sebenarnya sedang menanggung beban yang amat berat.  Beban yang tiada siapa yang dapat membantu meringankannya.  Beban rindu mereka kepadamu!!  Itu aku pasti...  Mereka rindukan kamu.  Mengapa?  Lagikan aku, yang hanya sahabatmu pun terasa rindu padamu, inikan pula anak-anakmu, darah dagingmu!!  Buktinya, akademik mereka agak merosot.  Sikap mereka, terutama si kakak, agak berubah sedikit.  Mereka juga agak bermasalah untuk melunaskan sebarang bayaran kepada pihak sekolah...  Maklumlah, ibu mereka tidak bekerja...

Doa aku, semoga Allah segera mambantu mangubat hati mereka, sebagaimana Dia membantu mu berada di dalam keselesaan di sana.  Tiada lain yang mampu sahabat mu ini bantu, selain dari doa yang ikhlas...



Permata hati bongsu mu... sekarang dah 10 bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.