KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 13 Februari 2011

TERIMA KASIH, CIKGU.

Aku tak pasti samada nak ketawa atau rasa simpati kepada salah seorang kawan baikku ini. Kami panggilnya Kak Mah, tapi nama glamournya Sally. Kak Mah adalah seorang guru Pendidikan Islam, jadi murid memanggilnya Ustazah. Sebagaimana lazimnya, guru agama dikecualikan daripada memegang kelas kerana minit mengajar mereka yang teramat padat. Namun, Kak Mah diminta oleh Guru Kanan Pentadbiran untuk memegang salah satu kelas untuk sementara waktu kerana guru kelasnya cuti bersalin. Yang ironinya, kelas bertuah itu adalah Tahun 1! Kawanku yang sudah lama tidak memegang kelas ini terus terkesima hingga mengalirkan air mata! Ya la, kalau tahun lain mungkin tak apa. Ini tahun 1... Tahu-tahu saja la..
Namun kerana komitmen beliau, dalam deraian air mata, beliau menerima tanggungjawab itu.

Bersama tekad dan dengan dorongan dan semangat yang kami berikan kepadanya, kelasnya ini, yang mana sebelumnya adalah seperti kapal pecah - kotor, tunggang-langgang dan tak terurus, telah bertukar sebaliknya. Kalian boleh melihatnya sendiri kan... Kak Mah datang ke sekolah lebih awal setiap pagi untuk menyapu sampah dan membersihkan sendiri bilik darjahnya! Kalian tahu sajalah kalau murid tahun 1 menyapu sampah - debu pun tak bergolek... Hebat Kak Mah!!! Setiap hari beliau menerima pujian dan usikan daripada kami semua.

Ini semua adalah antara hasil usaha beliau dalam mencantikkan kelasnya. Walau pada awalnya beliau merungut kerana berasa tidak yakin akan kebolehannya. Tahap bersengkang mata dan habis anak-beranak juga la dikerahnya... hehehe...

Lihatlah bilik darjahnya sekarang!! Cantik, bersih dan berseri. Siap ada sediakan kiosk untuk guru-guru subjek yang lain tampalkan bahan seperti yang dibuatnya itu... Tahniah Ustazah!

Hari ini sahabatku ini berseri-seri dan mampu tersenyum bangga akan pencapaiannya. Haa... Itulah Kak Mah, lain kali percayalah, Kak Mah boleh!!! Muahahahahaaa...!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.