KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 20 Februari 2011

TEH, OH! TEH...


Pagi kelmarin, sambil menunggu pomen menukar cermin keretaku, suamiku mengajak sarapan di sebuah kedai makan yang berdekatan. Aku, seperti biasa, tak akan pesan minuman lain selain dari teh panas. Aku sendiri tak faham, kenapa aku begitu taksub dengan teh susu kalau minum di kedai atau di kantin. Yang herannya, aku boleh pula tak minum teh susu di rumah. Malah serbuk teh timbang pun aku tak beli. Hanya pakai teh uncang. Mungkin itu yang membuatkan teh yang aku bancuh sendiri di rumah tak 'kick'.

Bila teh yang kupesan tiba, aku terus saja teringatkan isu teh timbang yang mengandungi bahan pewarna berbahaya yang boleh membawa maut. Sudahlah warna air teh itu tidak seperti yang aku biasa minum di gerai lain, mahupun di kantin sekolahku. Warnanya agak kecoklatan, macam air milo. Biasanya teh susu berwarna kuning keemasan... Aku cuba minum sesudu. Tiada pula perbezaan rasa berbanding teh di kedai lain. Cuma mungkin bancuhannya agak pekat, membuatkan ia terasa agak kelat.

"Sah, aku minum teh timbang yang merbahaya," fikirku sambil menghirup perlahan teh tersebut. Nak buat macamana. Dah selera nak makan teh susu. Kat kedai atau warung mana ada bancuh teh susu guna teh uncang. Suamiku sering dipandang sinis dan pelik oleh pelayan kedai setiap kali beliau ingin memesan teh O uncang. Selalu jawapan 'tak ada' yang diterima. Tak kisahlah. Aku cuma berharap agar pihak pengusaha kedai makan tidak memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya turut ambil kira nyawa pelanggannya dengan tidak menggunakan teh timbang yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Memang harga teh timbang yang diluluskan jauh lebih mahal, tetapi jika menggunakan teh yang berbahaya itu seolah menganiaya pengguna/pelanggan- seolah2 membunuh kami secara perlahan2 dan dalam diam2. Aku segera menghabiskan baki teh aku apabila suami mengajakku pergi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.