KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Isnin, 28 Februari 2011

MANA KAPALTERBANG NI?

Menjadi kegemaranku (walau tidak setiap hari), aku suka berbaring di atas buai di anjung rumahku selepas jam 8 malam untuk memerhatikan kapal terbang melewati angkasa. Sikap obsesku pada kapal terbang pada waktu malam memang amat sukar untuk dimengertikan. Tapi, pada pandangan mataku, lampu kapal terbang yang berkelip itu amat memukau! Aku terpesona melihat cahaya merah yang diselang-selikan dengan warna kuning terang pada sayap kapal terbang semasa ia terbang pada waktu malam. Jaraknya juga jauh, jadi aku tidak diganggu dengan bunyi bising enjinya- hanya kedengaran sayup dan amat jauh...

Lampu kapal terbang yang berkelip itu mengindahkan lagi wajah dada langit yang sudah sedia indah dihiasi bintang malam. Namun, lampu kapal terbang lebih istimewa bagiku kerana ia bergerak!! hehehe... Aku tak pasti kalau kalian dapat membayangkan apa yang cuba aku gambarkan.

Tapi, malam ni, sampai badan sudah mula sejuk ditiup bayu malam. Kuaci di tangan pun dah habis, belum lagi kelihatan kelibat walau sebuah kapal terbang! Ke mana pula pergi semua kapal terbang ni? Biasanya tak kurang 3 buah yang akan melalui langit kediamanku di waktu begini. Tengah malam nanti akan ada yang lain pula. Sehingga azan Isya' dilaungkan, aku masih kempunan nak lihat lampu kapal terbang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.