KENGKAWAN YANG SEJIWA...

Ahad, 20 Februari 2011

ANTARA 7 PERKARA AJAIB DI DUNIA!

Kita biasa mendengar anak gadis dirisik atau dilamar. Keluarga atau wakil pihak lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga si gadis bagi berbincang seterusnya memeterai janji dan ikatan yang akan disusuli dengan majlis pertunangan. Tiba masa yang sudah sedia dipersetujui kedua belah pihak, maka akan berkumandanglah paluan kompang atau tiupan serunai gendang yang mengiringi pertarungan silat di majlis perkahwinan yang dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai serta seluruh warga kampung... Itu senario tipikal masyarakat Melayu di negara kita yang tercinta ini.

Namun seiring dengan peredaran zaman, semua itu bakal berubah. Kini tidak semestinya anak gadis kita yang akan diintai dan dirisik- hatta anak teruna kita juga tidak terkecuali!! Buktinya'
lihatlah gambar di bawah.


Kelihatan dalam gambar, seorang anak teruna sedang disarungkan cincin ke jarinya oleh wakil pihak perempuan(?)... Abis, takkan lelaki pinang lelaki kot... Har har har! Jangan terkejut dan terus menganggap yang dunia ini sudah terbalik. Sahabtku ini sengaja membuat lawaking 'bodo'nya di sebuah majlis perkahwinan saudaranya. Saja nak buat gempak, katanya... Tapi bagiku, sahabatnya yang tidak suka cakap berlapik dan bercabang hati ini - itu adalah petanda keterdesakan dan kegersangan hatinya. Sudah tiba masanya bagi sahabatku ini untuk mencari pasangan hidup bagi berkongsi melayari bahtera rumahtangga bahagia...

Apabila aku menyatakan pendapatku, katanya dia tiada calon, lantas meminta aku mencarikan seorang calon isteri untuknya. Memandangkan aku tiada anak dara dewasa, atau anak buah yang selayaknya untuk dia yang kacak dan jambu itu, di sini aku ingin membuat tawaran kepada mana2 gadis single di luar sana untk mencuba nasib. Mana tahu, kalau2 ada jodoh, dapatlah kami semua makan nasi minyak si hero serba boleh ini.

Beruntung tau kalau anda dapat sahabatku ini! Kerja stabil, ada kereta mewah, keluarga juga berada. Yang penting dia ni cukup pakej - pandai masak dan menjahit!! Kira isterinya nanti tak penat nak kena masak. Bila time raya, tak berebut dan berbalah dengan tukang jahit pasal baju raya yang tak siap. "Ciri2 calon?" tanyaku kepadanya. "Ah, saya tak memilih mana kak... Saya tak pandang paras rupa dan wang ringgit, asalkan dia CANTIK, PUTIH, BODY SOLID, ADA DEGREE (DG 41), KERJA CIKGU... Itu jer....." jelasnya dengan manja bersama senyum manisnya itu... Aku terus pengsan terkangkang!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terimakasih kerana sudi komen paparan saya. Saya amat menghargainya.